Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Jabatan Perkhidmatan Awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata JPA


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
JPA mengguna pakai perkataan 'VALUE' untuk terjemahan Teras Strategik 5 - Membudayakan NILAI (Transformasi Perkhidmatan Awam). Apakah makna dan definisi VIRTUE pula? Apakah perbezaan VIRTUE dan VALUE? Bagaimana kesesuaian untuk menggunakan VIRTUE dan VALUE?Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan virtue ialah sifat murni. Puan bolehlah melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=virtue&d=1.Penyemakan dan penterjemahan07.04.2015
JPA akan mengadakan Persidangan Pegawai Psikologi bulan ogos ini. saya ingin bertanya boleh ke kami menggunakan 'MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN' - majlis penutup yang akan dirasmikan oleh KPPA. mohon pandangan dengan segera. terima kasih.

Frasa "Majlis Penutupan ..." adalah lebih tepat daripada frasa tersebut.

Tatabahasa29.07.2009
Dalam sistem HRMIS JPA, terdapat cuti kerantina dan cuti kuarantin dibawah kategori cuti kerana perubatan. Tetapi semakan di laman web prpm jumpa karantina, kuarantina dan kuarantin. Adakah semua ini merupakan ejaan yang betul bagi kata pinjaman Inggeris "Quarantine"? Adakah "kerantina" merupakan ejaan salah yang digunakan dalam pekeliling perkhidmatan JPA?Padanan quarantine dalam bahasa Melayu ialah kuarantin, karantina ialah bahasa Indonesia. Cuti kerantina digunakan dalam pekeliling kerajaan dan istilah berkenaan telah mantap penggunaannya dalam dokumen rasmi kerajaan. Kami tidak ada maklumat tentang asal penggunaan istilah tersebut, sekiranya tidak menepati struktur pembentukan kata pinjaman sekalipun, kata tersebut telah mantap dan tetap digunakan dalam konteks khusus, iaitu memetik sumber rujukan daripada pekeliling. Selain iru, kata kuarantin yang digunakan.Istilah30.12.2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan/Puan, PERMOHONAN CADANGAN/NASIHAT PENAMAAN ANUGERAH PRESTASI Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan perbualan dengan pegawai DBP tempoh hari adalah berkaitan. 2. Untuk makluman tuan/puan, pihak JPA telah mencadangkan beberapa anugerah yang akan diperkenalkan pada tahun ini kepada pegawai yang layak untuk tujuan penganugerahan berdasarkan prestasi pegawai semasa. 3. Sehubungan itu, pihak JPA ingin memohon jasa baik dan bantuan pihak tuan/puan untuk memerikan cadangan serta nasihat bagi penamaan anugerah yang akan diperkenalkan tersebut. 4. Bersama-sama ini disertakan Lampiran berhubung maklumat anugerah yang akan diperkenalkan untuk tindakan tuan/puan selanjutnya. 5. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Mohamed Fathi bin Che Sarimuzi Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Prestasi No. Tel: 03-88853489 Emel: fathi.sarimuzi@jpa.gov.my

PENCALONAN ANUGERAH BAHARU PRESTASI PEGAWAI JPA

 

1.   Anugerah Kecemerlangan JPA – (AKJPA) (Cadangan/Nasihat Nama Anugerah oleh DBP – Anugerah Gemilang Jasa/Anugerah Khidmat Kirana)

 

2. AAnugerah Lama Berkhidmat – (ALB) (Cadangan/Nasihat Nama Anugerah oleh DBP – Anugerah Kencana/Anugerah Khidmat Kencana)

 

3.   Anugerah Pegawai Kehadiran Terbaik (APKT) (Cadangan/Nasihat Nama Anugerah oleh DBP – Anugerah Nirmala/Anugerah Hadir Nirmala)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lain-lain18.01.2023
makna JAWATAN TERAPUNG BESERTA CONTOHBagi mendapatkan jawapan yang tepat, saya sarankan soalan ini diajukan terus kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam melalui laman webnya jpa.gov.my/">http://www.jpa.gov.my/Lain-lain26.02.2008
Dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima cadangan penambahbaikan ejaan/ istilah dalam penulisan Waran Perjawatan/ Surat Kelulusan Perjawatan (WP/SKP) seperti berikut: 1. Ejaan Sekarang : Bahagian Penguatkuasa Cadangan :Bahagian Penguatkuasaan (Dalam konteks Organisasi/ Bahagian/ Sektor/ Cawangan) 2. Ejaan Sekarang :Penguatkuasa Cadangan :Penguat Kuasa (Dalam konteks Jenis-jenis Jawatan dan Gelaran Jawatan) Contoh penulisan waran perjawatan adalah seperti di Lampiran. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan maklum balas ejaan sebenar bagi perkara yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata penguat kuasa bermaksud orang atau pihak yang menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya, manakala penguatkuasaan ialah perbuatan atau proses menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya.

Lantaran makna tersebut, jika nama jawatan perlulah menggunakan kata penguat kuasa, misalnya Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Trafik.

Bagi nama unit/bahagian/jabatan dan sebagainya yang melibatkan proses atau tanggungjawab menguatkuasakan sesuatu, perlulah menggunakan kata penguatkuasaan misalnya Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Unit Penguatkuasaan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Makna06.01.2025
ANTARA AYAT YANG BERIKUT, YANG MANAKAH BENAR ANTARA: 1) PEMANGKU PANGKAT SEBAGAI PENOLONG PEGAWAI 2) PEMANGKUAN PANGKAT SEBAGAI PENOLONG PEGAWAIJawapan yang betul ialah Pemangkuan Pangkat Bagi Jawatan Penolong Pegawai xxx.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Awam melalui laman webnya jpa.gov.my/" style="box-sizing: border-box; text-align: left; widows: 2; text-transform: none; font-style: normal; text-indent: 0px; font-family: arial; white-space: pre-wrap; orphans: 2; letter-spacing: normal; color: rgb(66,139,202); font-size: 14px; font-weight: normal; word-spacing: 0px; text-decoration: none; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px;">http://www.jpa.gov.my/. Terima kasih,
Lain-lain02.06.2017
Istilah yang betul sama ada "kata alu-aluan" atau "kata aluan" sahaja. Mohon mendapatkan format minit mesyuarat terkini.Yang betul ialah kata alu-aluan. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh setiap institusi atau organisasi. Walau bagaimanapun pihak tuan boleh juga menghubungi pihak lain seperti Intan atau JPA untuk mendapatkan format masing-masing untuk mdijadikan panduan.Tatabahasa24.07.2007
Untuk surat kiriman rasmi, sepatutnya ada berapa perenggan?Tiada bilangan perenggan yang khusus untuk penulisan surat rasmi. Walau bagaimanapun, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Sila layari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. Lain-lain08.07.2019
SAYA NAK TAHU TENTANG FORMAT TERKINI SURAT RASMI BAGI KEGUNAAN PENTADBIRAN SEKTOR SWASTA KEPADA PENTADBIRAN SEKTOR KERAJAANFormat surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.  Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. Apa yang penting surat-menyurat dengan jabatan kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul.Lain-lain04.11.2012
123

Kembali ke atas