Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Tuan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan penganjuran kursus penulisan surat rasmi untuk kakitangan awam. Jika ada JPJ Negeri Sarawak ingin menjemput pihak DBP untuk mengadakan kursus tersebut di Jabatan ini. Tujuannya adalah untuk memantapkan teknik penulisan surat dengan ayat/bahasa yang betul dan halus bagi kakitangan yang diminta untuk menyediakan surat/memo untuk pegawai atasan. Maklumbalas tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel faridah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 02.07.2013 |