Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Jabatan Perdana Menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata JPM


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon Ejaan yang Digunakan oleh Unit Adat Istiadat JPMYang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Besar Yang di-Pertua Negeri Yang di-pertuan Muda Yang di-Pertua Dewan Negara Yang di_pertua Dewan Rakyat Yang di-PertuaEjaan05.09.2013
Tuan/Puan, Saya ingin tanya Bahasa Melayu untuk Inception Report dan Interim Report. Sekian, terima kasih. Felicia Chua MAMPU, JPMPadanan Inception Report ialah Laporan Awal, iaitu Laporan sesuatu kajian untuk mendapatkan persetujuan bidang tugas antara klien dengan pengkaji. Padanan Interim Report ialah Laporan Interim, iaitu laporan sementara yang disediakan oleh mana-mana jawatankuasa ataupun individu sebelum tarikh laporan akhir.Istilah18.09.2014
maksud fungsi dlm bahasa melayu

Saudara,

Makna fungsi ialah 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan.

Makna03.07.2010
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011

Kembali ke atas