Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Jawatan Utama Sektor Awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata JUSA


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pengesahan , Untuk pegawai kerajaan yang tiada pangkat Dtk ,Haji dan lain2 tetapi berkedudukan dalam jawatan spt Jusa A/B kata hormat yang digunakan YBerusaha Encik... atau YBerusaha Tuan.... Terima kasih.Salam sejahtera,

Kata Hormat untuk Jusa A atau B yang tiada pangkat Datuk/Haji/Lain-lain

Kata hormat yang digunakan ialah: Yang Berusaha Tuan

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain22.08.2022
Dalam PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014, pematuhan panggilan hormat YBrs. hanya diberikan kepada Jusa ke atas dan beberapa jawatan dan yang berkelayakan PhD dalam bidang kerjaya Akademk, YBhg bagi gelaran Dato/Datin dan beberapa panggilan hormat lain yang telah ditetapkan. Soalan saya, bagaimana penyetaraan boleh dibuat bagi penyetaraan institusi swasta? Terima Kasih.Sila rujuk PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014, PANGGILAN HORMAT DAN PENGGUNAANNYA, (HALAMAN 2).

TUJUAN
Surat Pekeliling Am ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan yang lengkap bagi menyeragamkan penggunaan Panggilan Hormat untuk digunakan dalam semua urusan rasmi Kementerian/Jabatan/ Agensi Kerajaan dan swasta.


Lain-lain04.07.2024
Saya ingin bertanya penggunaan 'salutation' dalam majlis rasmi. Antaranya : Siapa yang layak dipanggil sebagai Yang Berusaha, Yang Amat Berusaha, Yang Berbahagia, Yang Amat Berbahagia.Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang  yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan  Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol.Lain-lain22.10.2009
Saya keliru dengan gelaran Ts. Bagaimana sapaan Ts. dalam surat adakah boleh menggunakan YBrs. Ts. contoh: YBrs. Ts. Ali bin Abu. atau pun Encik Ts. Ali bin Abu. Mohon pencerahan tuan. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan penggunaan seperti yang berikut:


Ts. Encik Ali bin Abu,
Jawatan,
Alamat.

Tuan,

PERKARA

Isi.


manakala, bagi jawatan Ketua Jabatan Persekutuan/Penyandang Jusa C dan ke atas (Mejar Jeneral/Timb. Komisioner Polis dan setaraf ke atas) kami mencadangkan penggunaan seperti yang berikut:

YBrs. Ts. Encik Ali bin Abu,
Jawatan,
Alamat.

YBrs. Ts.,

PERKARA

Isi.
Lain-lain31.01.2024
Saya ingin tahu penggunaan yang sebetulnya kata panghadapan seperti Yang Berusaha,Yang dihormati,Yang Mulia dan sebagainya kepada orang-orang tertentu?Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang  yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan  Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol.Lain-lain28.04.2010
Merujuk kepada PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014, Panggilan Hormat yang dirakamkan bagi tujuan salutasi termasuklah Tuan dan Puan, persoalan saya sering kali kita dengar panggilan hormat berganda "YBrs. Tuan" sekiranya penama tiada gelaran. Adakah boleh panggilan hormat berganda? Boleh berikan sebab? adakah sebab tuan puan juga boleh dijadikan "gelaran" bagi orang yang tiada gelaran seperti "Dr." "Ts." "Tengku" "Haji" dsb..Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, panggilan hormat yang digunakan adalah seperti yang berikut:
1. YBrs. - panggilan hormat bagi Ketua Jabatan Persekutuan Penyandang Jusa C dan ke atas; dan ahli akademik, seperti YBrs. Dr/YBrs. Prof. Madya Dr.
2. YM - panggilan hormat keturunan bagi Engku/Tengku/Ku/Raja
3. Tuan - panggilan hormat keturunan bagi Syed/Sheikh; dan panggilan hormat keagamaan bagi Haji

Tiada panggilan hormat berganda dan tiada contoh panggilan hormat bagi ahli profesional dalam pekeliling yang sedia ada. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan panggilan hormat ahli profesional, seperti Ts. disandarkan kepada panggilan hormat ahli akdemik, iaitu YBrs. sehingglah ada pekeliling baharu atau garis panduan lain yang menjelaskan tentang penggunaannya. Sekiranya tiada sebarang gelaran atau kaitan dengan keturunan, panggilan hormat yang lazim digunakan ialah tuan/puan.
Lain-lain04.07.2024
Assalamualaikum. Tuan, Selaku seorang penulis teks ucapan saya sering mengalami masalah meletakkan nama panggilan pegawai-pegawai mengikut jawatan masing-masing. Contoh 1: Selaku tuan rumah majlis persaraan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, dalam ucapan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, apakah penggilan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan daerah-daerah lain dan yang diraikan? Dari segi susunan pula bagaimana? Adakah yang diraikan (ketua peringkat daerah) disebut dahulu berbanding pegawai-pegawai yang berada di jabatan peringkat negeri? Terima kasih1. Sapaan kehormat "Yang Berbahagia" digunakan sekiranya individu tersebut memiliki gelaran seperti Tan Sri, Datuk dan sebagainya. Penggunaan "Yang Amat Berusaha" digunakan untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan (Jusa C ke atas) dan "Yang Berusaha" kepada pegawai tinggi kerajaan.
2. Susunan ucapan mengikut kekanan pegawai berkenaan. 
Lain-lain01.09.2016

Kembali ke atas