Adakah tepat jika 'Central Spine Road' diterjemahkan sebagai Jalan Lingkaran Tengah? | Untuk makluman tuan, belum ada padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk Central Spine Road. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan bagi Central Spine Road ialah Lebuh Raya Utama Tengah. Jalan Llingkaran Tengah ialah cadangan padanan bahasa Melayu untuk Middle Ring Road. | Istilah | 11.02.2014 |