antara perkataan ( Penggaraan ) dan ( Penyelenggaraan ) Kaedah yang bagaimana untuk kita menggunakan perkataan PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. CONTOH: 1. (a) Kumpulan Wang Amanah Penyenggara Jalan atau (b) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan CONTOH: 2. (a) PENYENGGARA jalan-jalan negeri atau (b) PENYELENGGARAAN jalan-jalan negeri 3. (a) JAWAPAN atau JAWABAN Mohon Mendapat jawapan seberapa segera. Terima Kasih. (Rusli Bin Kamaruddin) PA Yang di-Pertua Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. | 1. Penyenggara Jalan dan penyelenggara jalan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara. 2. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Tatabahasa | 27.02.2014 |
Kesemua jalan susur keluar dari lebuhraya/jalan persekutuan/jalan negeri menggunakan perkataan Inggeris: "EXIT". Soalan saya: apakan terjemahan dalam bahasa Melayu? | Salam sejahtera, Padanan exit ialah susur keluar. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2019 |
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia Saya penolong pengarah di Bahagian Kawalselia Penyenggaraan, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Saya ada kekeliruan dalam penggunaan perkataan (term) "nombor" atau "kod" situasinya ialah Jalan Persekutuan, Jalan Negeri & Lebuhraya mempunyai nombornya sendiri. Nombor ini ada ditulis di setiap nama jalan pada papan-papan tanda jalan. Sebagai contoh: 1. Jalan Persekutuan – FT01(Jalan Seremban ke KL). FT02, FT03 dan sebagainya bagi jalan-jalan lain. 2. Jalan Negeri – B01(abjad B bagi negeri Selangor dan 01 nombor jalan), 3. Lebuh Raya – E01(Lebuhraya Utara Selatan PLUS) Pertanyaan saya, adakah nombor ini sesuai disebut Nombor Laluan Jalan atau Kod Laluan Jalan atau ada cadangan lebih sesuai. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan nombor ialah tanda yang menyatakan bilangan, manakala kod bermaksud serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat. Berdasarkan huraian makna tersebut penggunaan istilah "kod" lebih tepat digunakan dalam konteks yang tersebut. | Lain-lain | 18.09.2012 |
Pohon pencerahan tuan berkenaan 'Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu' atau 'Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu' dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih atas jawapan. | DBP menyediakan perkhidmatan penyemakan hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sahaja dan bukan sebaliknya. | Lain-lain | 24.02.2014 |
Assalam tuan, dalam format surat kiriman rasmi,untuk alamat penerima (negeri) perlu ditulis dalam huruf kecil atau huruf besar? Contoh: (huruf besar pada pangkal shj) Jalan 23, Lorong Setia, Taman Bahagia, Bentong, Pahang. 14 MAC 2016 atau (semua huruf besar : negeri) Jalan 23, Lorong Setia, Taman Bahagia, Bentong, PAHANG. 14 MAC 2016 mohon pencerahan dengan kadar segera ...Terima kasih Tuan. | Kedua-dua bentuk penulisan "... 50460 Kuala Lumpur." dan "... 50460 KUALA LUMPUR." adalah betul. Tuan boleh membuat pilihan bentuk yang hendak digunakan dan penggunaannya hendaklah tekal dalam semua surat. | Ejaan | 28.09.2016 |
melintasi jalan raya yang merentas negeri. - betul. membina lebuh raya yang merentas negeri. - salahkah? Ini jugalah soalan PMR yang mengelirukan saya. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas tunjuk ajar tuan/puan. | Kedua-dua ayat tersebut betul seperti yang saya cadangkan tadi, elok rasanya saudara berhubung terus dengan pihak yang menyediakan soalan tersebut. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
Mohon pandangan/ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan di negeri Perak. | Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna. | Lain-lain | 07.01.2019 |
Kelab Teater Negeri Sembilan MEMOHON PENAJAAN/SUMBANGAN UNTUK FESTIVAL TEATER PENDEK NEGERI SEMBILAN 2016 Assalammualaikum Tuan/Puan, Maaf mengganggu, Saya MohdFazreen Bin Mohd, Setiausaha bagi Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan ingin bertanya bagaimana caranya untuk pihak kelab kami memohon penajaan/sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk menjayakan Festival Teater Pendek Negeri Sembilan 2016 pada 9 Januari 2016. Untuk makluman ringkas Tuan/Puan, Kelab kami yang akan mengendalikan Festival tersebut dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Segala perhatian Tuan/Puan terhadap perkara ini amat kami hargai. Yang Menjalankan Tugas, MOHD FAZREEN BIN MOHD SETIAUSAHA KELAB PENGGIAT SENI TEATER NEGERI SEMBILAN. Email : kelabteater_n9@yahoo.com.my 011-23134619 | Untuk pertimbangan selanjutnya, kemukakan permohonan secara rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur | Lain-lain | 10.12.2015 |
Salam hormat dan salam sejahtera Di dalam perkataan @ nama untuk Negeri Johor mempunyai maksud dan nama yang banyak, seperti Johor Bharu, Johor Baharu dan Johor Baru. Yang mana satukah istilah perkataan dan nama bagi Negeri Johor yang betul untuk di tulis di dalam papan tanda jalan di jalan raya. Sekian,terima kasih Ariff Badlishah USJ Subang Jaya Selangor Darul Ehsan | Nama tempat adalah seperti yang telah diwartakan dan didaftarkan dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan tempat yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 tidak tertakluk pada panduan dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Contohnya, ejaan Johor Bahru, Kota Bharu dan Kampung Baru. Walaupun sebutannya sama tetapi bentuk ejaan mengikut nama yang telah diwartakan. | Ejaan | 15.11.2011 |
Saya ingin bertanya apakah mengapakah terjadinya beberapa perbezaan dalam menentukan gelaran seseorang misalnya Datuk Seri, Dato' Seri, Dato' Sri... contohnya saya ingin menulis gelaran karangan pada tahun 2005 berkaitan sukan, jadi saya mencari siapakah menteri sukan ketika itu, lalu saya terjumpa pelbagai gelaran Datuk Azalina Othman, Dato' Seri Azalina Othman, Datuk Seri Azalina Othman. Mengapakah berlaku sedemikian? | Setiap penerima darjah kebesaran tertentu daripada negeri bersultan akan bergelar Dato' atau Dato' Seri kecuali penerima anugerah daripada negeri Pahang yang bergelar Dato' Sri seperti YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak dan YB Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein. Penerima darjah kebesaran tertentu daripada Persekutuan dan negeri-negeri tidak bersultan akan bergelar Datuk dan Datuk Seri. Sememangnya terdapat perbezaan dalam gelaran penerima anugerah negeri-negeri (bersultan dan tidak bersultan) dan Persekutuan, oleh itu media mengambil jalan tengah dengan menggunakan gelaran Datuk dan Datuk Seri untuk semua penerima. Dalam hal ini, media tidak boleh dijadikan rujukan lebih-lebih lagi dalam penulisan rasmi. | Lain-lain | 13.06.2011 |