Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jalan yg dekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah bertali arus, Gempa bumi, Layar ingatan, Gigi air, Logik akal, Cacar air, Jantung hati, Jalan pintas kata majmuk?

Bertali arus, gempa bumi, layar ingatan, gigi air, logik akal, cacar air, jantung hati dan jalan pintas ialah kata majmuk.

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kata majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 48,54,72-75, 139 dan 218.

Terima kasih.

Tatabahasa20.02.2023
pusat perkembangan bahasa melayu di asia tenggara pada abad ke 15 hingga abad ke 17.Untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan tuan, sila kunjungi perpustakaan yang berhampiran khususnya di tempat puan belajar. Ruang dan perkhidmatan yang terhad tidak memungkinkan kami membantu menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan tugasan. Tiada jalan pintas untuk berjaya, kadangkala ia bermula dengan sesuatu yang sukar.Lain-lain24.12.2015
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, apakah peribahasa dalam Bahasa Melayu yang sama atau serupa ertinya dengan ungkapan Bahasa Inggeris ini?: "The world is your oyster" Maksudnya dalam Bahasa Inggeris: - you/they are in a position to take the opportunities that life has to offer. - (atau) you/they can do anything or go anywhere that you/they want to. Saya berharap yang DBP dapat membantu saya dengan perkara ini. Sekian, terima kasih.Carian melalui kata kunci "peluang" tidak menemukan jawapan yang berkaitan. Untuk mendapatkan maksud peribahasa Melayu, tiada jalan pintas yang dapat dilakukan kecuali dengan menyemak satu demi satu. Adakalanya penggunaan kata kunci dapat membantu kita membuat carian.Penyemakan dan penterjemahan16.10.2018
Selamat sejahtera.Saya ingin meminta pertolongan anda untuk menyemak segala karangan saya tulis dan ke manakah saya harus menghantar karangan saya?Harap balas tuan dialu-alukan.Terima kasih.Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa yang kami berikan adalah untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah penggunaan bahasa termasuklah ejaan, istilah, terjemahan, pemilihan kata dan tatabahasa. Menyemak karangan pelajar tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Kami menyarankan tuan merujuk kamus untuk melihat ejaan yang betul dan merujuk buku tatabahasa untuk memastikan pembentukan kata dan binaan ayat yang betul. Tidak ada jalan pintas untuk menghasilkan sebuah karya yang baik, kecuali belajar dengan guru dan banyak membuat latihan. Selalulah bertanya dengan guru di sekolah kerana guru dapat melihat kelemahan tuan dan membantu mengatasi kelemahan tersebut.Tatabahasa12.04.2015
Selamat sejahtera cikgu.Nama saya Sathya Gananaathaa.Saya menuntut di SMK Taman Selesa Jaya 2 dalam tingkatan 2.Saya ingin meminta pertolongan cikgu untuk menanda karangan saya.Saya berharap cikgu sudi membantu saya.Markah penuh karangan ialah 30.Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa yang kami berikan adalah untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah penggunaan bahasa termasuklah ejaan, istilah, terjemahan, pemilihan kata dan tatabahasa. Menyemak karangan pelajar tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Kami menyarankan tuan merujuk kamus untuk melihat ejaan yang betul dan merujuk buku tatabahasa untuk memastikan pembentukan kata dan binaan ayat yang betul. Tidak ada jalan pintas untuk menghasilkan sebuah karya yang baik, kecuali belajar dengan guru dan banyak membuat latihan. Selalulah bertanya dengan guru di sekolah kerana guru dapat melihat kelemahan tuan dan membantu mengatasi kelemahan tersebut.Tatabahasa11.04.2015
Selamat sejahtera cikgu.Nama saya Sathya Gananaathaa.Saya menuntut di SMK Taman Selesa Jaya 2 dalam tingkatan 2.Saya ingin meminta pertolongan cikgu untuk menanda karangan saya.Saya akan menghantar satu karangan sehari.Saya berharap cikgu sudi membantu saya.Markah penuh karangan ialah 30.Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa yang kami berikan adalah untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah penggunaan bahasa termasuklah ejaan, istilah, terjemahan, pemilihan kata dan tatabahasa. Menyemak karangan pelajar tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Kami menyarankan tuan merujuk kamus untuk melihat ejaan yang betul dan merujuk buku tatabahasa untuk memastikan pembentukan kata dan binaan ayat yang betul. Tidak ada jalan pintas untuk menghasilkan sebuah karya yang baik, kecuali belajar dengan guru dan banyak membuat latihan. Selalulah bertanya dengan guru di sekolah kerana guru dapat melihat kelemahan tuan dan membantu mengatasi kelemahan tersebut.Tatabahasa11.04.2015
Saya ingin membuat kerja kursus saya.Tajuknya adalah 'Media sosial seperti twitter dan facebook merupakan media pilihan remaja kini utk berhubung.Walaubagaimanpun ejaan yang digunakan kebanyakannya melanggar peraturan ejaan bahasa Melayu.Tulis esei (1500p.p) tentang kesan pengunaan ejaan yang salah ini terhadap masa depan bahasa melayu.' Boleh berikan saya sumber rujukan dan bibliografi utk buat esei di atas?Untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan puan, sila kunjungi perpustakaan yang berhampiran khususnya di tempat puan belajar. Berkemungkinan tugasan ini berkaitan dengan sesuatu yang baharu dan belum banyak lagi rujukan mengenainya, namun secara umumnya puan boleh merujuk bentuk-bentuk kesalahan dalam wacana yang banyak dibentangkan dalam seminar bahasa. Tiada jalan pintas untuk berjaya, kadangkala ia bermula dengan sesuatu yang sukar.Lain-lain31.07.2014
Assalamualaikum , boleh bertanya , sy sedang buat kajian tentang tatabahasa bahasa melayu .. dipendekkan cerita, sy membangunkan 'corpus bigram' melalui artikel-artikel bahasa melayu .. masalah disini ialah sy memerlukan artikel2 bahasa melayu yang betul tatabahasanya mengikut aturan tatabahasa melayu dan ianya agak 'limited' kerana sy tidak berdaya untuk 'check' adakah artikel itu betul tatabahasanya secara keseluruhan.. sy fikir KNT mungkin ada sumber2 yang sy maksudkan td betul ? ,tambahan pula KNT adalah satu penumbuhan yang mementingkan penggunaan tatabhasa bagi bahasa melayu..jadi soalan sy ialah,adakah boleh untuk sy mendapatkan sumber artikel bahasa melayu yang banyak dan betul tatabahasanya dari pihak KNT didalam bentuk 'softcopy'? klau boleh bagaimana ? terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) khusus menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa dan KNB tidak mempunyai artikel yang lengkap untuk sesuatu tajuk atau tema. Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan bernilai, melainkan setiap artikel yang diperlukan perlu disaring agar benar-benar bermutu untuk dijadikan bahan kajian bagi memperoleh data yang bermutu.Tatabahasa08.12.2014

Kembali ke atas