Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu; masuk ~ ber­khatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut); tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf Jawi; menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi; penjawian proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah kpd tulisan Jawi: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan tulisan Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jawi II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Ayat mana yang betul: (i) Senarai huruf dalam abjad Jawi, atau (ii) Senarai huruf-huruf dalam abjad Jawi? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Senarai huruf dalam abjad Jawi".Tatabahasa04.01.2014
Klinik Kesihatan Kampung Labu, Jerantut, Pahang dalam ejaan jawiKlinik Kesihatan Kampung Labu, Jerantut, Pahang. 

ii gt" style="font-size: 0.875rem; direction: ltr; margin: 8px 0px 0px; padding: 0px; position: relative;">
کلينيک کصيحتن کامڤوڠ لابو, جرنتوت,  ڤهڠ.

Ejaan15.01.2021
Selamat sejahtera, saya ingin tanya tentang suku kata bagi perkataan ini 1. arahan 2. penyembur terima kasih

Saudara,

i. a.rah.an ii. pe.nyem.bur Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi

Lain-lain13.10.2010
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih.

Kata Ganda

Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut:

anai-anai = اناي٢ 

baik-baik = باءيق٢ 

kupu-kupu = کوڤو٢ 

Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak.

(i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut:

mudah-mudahan = موده-مودهن

zaman-berzaman = زمان-برزمان

lama-kelamaan = لاما-کلاماءن

(iiPenulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut:

bolak-balik = بولق-باليق

lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق

kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ

 

Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan:

bersama-sama  =برساما-سام

bersuka-suka = برسوکا-سوک

semata-mata = سماتا-مات

Lain-lain14.03.2022
Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan untuk penggunaan nombor dalam penulisan. Apakah nombor yang perlu ditulis atau dieja dalam perkataan dalam penulisan bahasa Melayu? Adakah kaedah/hukum yang digunakan dalam bahasa Melayu juga sama untuk penulisan Jawi? Contoh ayat 1: Ayah membeli sebelas bungkus nasi lemak. Contoh ayat 2: Murid-murid perlu menulis 10 patah perkataan. Contoh ayat 3: Beliau meninggal 10 tahun kemudian. Contoh ayat 4: Jarak rumah saya dari kampus kediaman ialah 11 km. Akhir sekali, saya ingin mendapatkan rujukan terbaru untuk penulisan nombor yang digunakan oleh DBP. Saya telah merujuk Tatabahasa Dewan terkini dan tidak menemukan kaedah tersebut.
Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Ketiga, pernomboran ialah cara menanda senarai dan menyatakan jumlah sesuatu. Nombor yang digunakan ialah nombor roman dan nombor arab.

Nombor roman kecil: i, ii, iii
Nombor roman besar: I, II, III
Nombor arab: 0, 1, 2, 3, ..., 9 dan seterusnya.
Nombor arab asli: ١, ٢, ٣, ٤, ٥, ٦, ٧, ٨, ٩
 
Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Bagi penulisan keluasan, kelajuan dan dimensi, gunakan angka dan unit yang sesuai untuk menunjukkan kelajuan, keluasan dan dimensi, contohnya 7 km.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga halaman 87 - 94.
Tatabahasa26.06.2023
Adakan pemenggalan perkataan-perkataan di bawah betul? air a-ir buah bu-ah daun da-un luar lu-ar biola bi-o-la beruang be-ru-ang makanan ma-kan-an (sebutan sebagai ma ka nan?) rambutan ram-bu-tan sayuran sa-yur-an (subutan sebagai sa-yu-ran?) Sekian terima kasih. Tracy Chan

Saudara Tracy,

Yang betul adalah seperti yang berikut:

i.  air ii. buah iii. daun iv. luar v. bio.la vi. be.ruang vii. ma.ka.nan viii. ram.bu.tan ix. sa.yu.ran

Sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi

Tatabahasa28.06.2010
Perkataan amin adalah dari bahasa Arab yang membawa maksud perkenankanlah. Kenapa boleh wujud imbuhan "mengaminkan" doa yang boleh dimaksudkan sebagai mengucapkan amin. Pendapat saya Amin tidak boleh diberi imbuhan. Sama seperti Assalamualaikum, kita tidak akan kata "mengassalamualakumkan". Mohon pencerahan untuk perbetulkan kefahaman saya berkenaan perkataan Amin. Terima kasih.

Perkataan amin yang berasal daripada bahasa Arab telah diserap dan diterima sebagai kata jati bahasa Melayu. Oleh yang demikian, perkataan tersebut boleh menerima imbuhan. Contoh kata serapan daripada bahasa Arab yang telah diterima sebagai kata jati bahasa Melayu ialah doa, terjemah, fikir dan sebagainya.

Tuan boleh merujuk buku-buku terbitan DBP untuk maklumat lanjut, seperti:

(i)            Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

(ii)           Kamus Dewan Perdana

(iii)          Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia

(iv)         Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan

               


Istilah05.02.2025

Kembali ke atas