Adakah ayat berikut betul? 1) Ali memberi Juli pendapatnya. 2) Ali memberikan pendapatnya kepada Juli. | Salam sejahtera, Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Penggunaan memberi dan memberikan dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 16.11.2012 |