Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw buyung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jun I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera. 1. Pameran itu bermula dari 12 Jun 2018 hingga 15 Jun 2018. 1a. Pameran itu bermula pada 12 Jun 2018 hingga 15 Jun 2018. Adakah ayat 1 itu ayat yang betul? kalau kedua-dua ayat itu salah, harap dapat sikit penjelasan daripada pihak tuan. terima kasihSalam sejahtera,

Kedua-dua ayat tersebut betul dari segi tatabahasa kerana perkataan "dari" dan "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.11.2018
Saya igin mendapatkan penjelasan mengenai cara menulis tarikh sama ada "8 Jun 2011" atau "8 Jun, 2011"Ejaan yang betul ialah "8 Jun 2011".Ejaan08.06.2011
1. Standard penulisan tarikh dalam BM/surat menyurat : Cth : 23 Jun atau 23hb Jun?? 2. Untuk menulis sesuatu tajuk, ejaan perkataan spt cth : dalam, dan, serta, bagi, untuk, atau - perlu atau tidak awalan huruf besar cth : Mesyuarat Pembangunan Modul Projek Sarjana dan Pemurniaan Manual Kerja Projek Sarjana serta Penilaian Proposal Projek sarjana bagi Semester 1 09/10 3. Ejaan Maklum balas/Maklumbalas 4. ayat betul : makan di atas meja atau makan di meja? Terima kasih.Cara penulisan tarikh ialah 23 Jun 2009, tetapi  penulisan yang baku ialah 23hb. Jun 2009. Cara yang kedua ini lebih kepada dokumen undang-undang. Ejaan kata bantu  dalam frasa ditulis huruf kecil seperti dan, dalam,dan sebangainya. Ejaan yang betul ialah maklum balas. Ayat yang gramatis ialah makan di meja. Lain-lain15.06.2009
Manakah penggunaan yang betul di antara; 1. ... bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 2. ... bagi tempoh Januari 2020 hingga Jun 2020Penggunaan yang betul ialah ... bagi tempoh Januari hingga Jun 2020Lain-lain03.09.2020
Salam sejahtera, 1.Pameran perabot akan bermula dari bulan Jun hingga bulan Julai.(perlu bubuh bulan di depan Julai lagi?) Terima kasihPameran perabot akan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Julai. Ini ayat lengkap untuk penulisan yang gramatis, namun sedikit kelonggaran diberikan untuk penggunaan dalam iklan. Pameran perabot akan diadakan dari Jun hingga Julai 2020. Tatabahasa20.07.2020
GEMA RAMADHAN CITARASA MUHIBAH, 24 JUN 2015 - 14 JULAI 2015, TAWARAN HEBAT SEBELUM 24 JUN 2015, DEWASA: RM78.00 / KANAK-KANAK: RM38.00, DENGAN SYARAT-SYARAT, SILA HUBUNGI TALIAN UNTUK PERTANYAAN:- 03-51217188/03-51216412/017-2689908Sila buat pembetulan: Gema Ramadan Cita Rasa Muhibah. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Lain-lain09.06.2015
Abu Aiman Jun 4th, 7:29am Bagaimana saya boleh menjadi sahabat anda supaya boleh mendapat 'update' tetkini?Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 4th, 8:46am Terima kasih kerana bersahabat dgn FB DBP. Mudah sahaja untuk mengikuti program terkini DBP. Antaranya kerap membuka FB DBP dan melayari laman sesawang www.dbp.gov.my. Melalui pembacaan yang aktif kedua-dua laman sesawang tersebut pasti anda mengetahui kegiatan terkini DBP. Sekiranya tuan berminat jemputlah hadir kegiatan kami seperti yang tertera pada poster-poster yang diposkan di dinding facebook. Segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungan sendiri. Moga ini membantu.Lain-lain04.06.2014
Amirul Muhammad Jun 22nd, 12:18am Assalamualaikum..sy nk tnya DBP buat masa skrg ade buat pertandingan tak?Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 23rd, 12:44pm Sila layari http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapatkan maklumat tersebut. Terima kasihLain-lain23.06.2015
Saya ingin bertanya berkaitan kedudukan tanda baca titik bertindih dalam situasi yang berikut: Contoh: i. Tarikh : 14 Jun 2021 Masa : 3:00 - 4:00 petang atau Tarikh: 14 Jun 2021 Masa: 3:00 - 4:00 petang Kedudukan tanda (/) i. Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil. 2/ 2021 (ada satu space selepas tanda /) ii. Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil.2/2021 (tanpa sebarang space selepas tanda /)
Penggunaan tanda titik bertindih yang betul:
Contoh: Tarikh: 14 Jun 2021,  Masa: 3.00 - 4.00 petang (satu titik sahaja)


Penggunaan tanda palang (/) yang betul:
Contoh: Minit Mesyuarat Panitia Geografi Bil. 2/2021 (tiada jarak sebelum dan selepas tanda palang)



Ejaan14.06.2021
Muhamad Hafizullah Muda Jun 1st, 10:10am Assalamualaikum. Saya ada soalan. Bagaimana ejaan yang betul untuk 'nya' yang dirujuk kepada Allah ? A- kepadanya B- kepadaNya C- kepada-Nya Muhamad Hafizullah Muda Jun 1st, 10:11am Mohon jawapan daripada pihak tuanEjaan yang betul dalam konteks yang tersebut ialah kepada-Nya.Ejaan01.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas