Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kamus (kata nama)
Bersinonim dengan tesaurus, leksikon, glosari, daftar, ensiklopedia.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud kerelavanan mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kerelevanan berasal daripada kata dasar relevan yang bermaksud  ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib;oleh itu, kerelevanan bermaksud perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi: hakim mempersoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang dibicarakan.Istilah02.10.2009
Apakah definisi 'pencemaran bahasa' mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka?Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, ‘pencemaran bahasa’ ialah ‘penggunaan bahasa yg tidak betul dalam kalang­an masyarakat’.Makna13.08.2014
pengertian merdeka menurut kamus dewan bahasa dan pustakaMerdéka bermaksud bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain:Makna30.08.2007
berapakah had umur belia mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaruPengertian "belia" dalam Kamus Dewan tidak menentukan had umur olongan tersebut, makna yang diberi ialah golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita).Makna23.06.2009
Bagaimanakah jika kita hendak menggunakan kamus dewan bahasa dan pustaka melalui sistem online?Sila rujuk laman sesawang kami di www.prpm.dbp.gov.my, tulis perkataan atau istilah yang dikehendaki dan prpm akan memaparkan padanan yang ada dalam Kamus dan buku istilah kami.Lain-lain09.04.2009
salam, sya ingin bertanya maksud analogy yang diberikan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka.Padanan bahasa Melayu bagi kata analogy ialah analogi bermaksud kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan);Lain-lain11.10.2010
Assalamuaaikum, kami pelajar jurusan bahasa dan kesusasteraan dari UIAM. Kami ingin bertanya berkenaan dengan kandungan perkataan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, 1. Adakah perkataan-perkataan yg terdapat dalam kamus edisi pertama masih boleh didapati didalam kamus yg terkini? 2. Adakah perkataan-perkataan yg tidak digunakan lagi di dalam kamus edisi yg lama telah digugurkan daripada senarai perkataan di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka yg terkini? 3. Jika ya, mengapa ia digugurkan?Soalan ini akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasih.Lain-lain09.11.2019
definisi perbankan,definisi konvensional dan definisi perbankan konvensional menurut kamus dewan bahasa dan pustakaPerbankan bermaksud aktiviti atau hal yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank, konvensional bermaksud  berdasarkan yang biasa dilakukan atau diamalkan, manakala perbankan konvensional merujuk kepada urus niaga bank berdasarkan amalan biasa. Di Malaysia lazimnya merujuk kepada bukan sistem perbankan Islam.Makna22.11.2010
assalamualaikum.. tolong berikan pengertian aqidah islamiyah dari sudut bahasa dan istillah menurut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru....

Akidah: Ar rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini.

Islamiah: Ar yg berkaitan dgn atau berasaskan agama Islam.

KD4 tidak memberi makna kata majmuk Akidah Islamiah. 

Makna30.09.2009
Boleh saya dapatkan istilah-istilah berbentuk kemelayuan yang terdapat di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Untuk makluman saudara belum ada senarai khusus yang membicarakan tentang istilah-istilah kemelayuan dalam kamus, sila rujuk kamus dengan terperinci (menyemak entri satu per satu) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Lain-lain05.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas