Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata KNB


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah nama pejabat karang mengarang ditukar kepada upsi selepas kemerdekaan?Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Knb menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku sejarah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudara.Lain-lain11.07.2012
selamat sejahtera tuan. saya mk, ingin menanya tentang bahawa adakah maktab perguruan sultan idris(MPSI) ialah pejabat karang-mengarang atau pun pertubuhan yg berlainan???Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Knb menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku sejarah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudara.Lain-lain11.07.2012
1Pegawai itu datang DARIPADA Pejabat Daerah. 2.Pegawai itu datang DARI Pejabat Daerah. Menurut pejelasan daripada KNB pada 29.7.08,soalan 1 betul kerana daripada digunakan untuk institusi yang berkaitan dengan manusia.Namun,dalam Tatabahasa Dewan (2006) m.s.256 soalan 2 adalah persis.Apa komentar Tuan Munsyi?Untuk makluman saudara buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang diterbitkan pada tahun 2008 ialah buku tatabahasa yang terkini. Dalam  ayat pertama penggunaan kata sendi nama dari betul selepas perkataan datang kerana menunjukkan tempat atau arah.. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat seperti ini kata sendi nama daripada digunakan yang menyatakan punca bagi manusia ,haiwan,benda,dan unsur mujarad.Contoh: Pegawai daripada Pejabat Daerah itu ialah seorang wanita.  Saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 269- 271 untuk contoh penggunaan yang lain.  Tatabahasa01.08.2008
Maaf kerana memberi cadangan di ruangan ini. Saya ingin mencadangkan agar bahagian Arkib Soalan, http://sbmb.dbp.gov.my/knb/soalanlazim/nb_soalan_lazim.aspx disusun secara mengundur iaitu soalan yang terbaru didahulukan dan soalan lama dikemudiankan. Ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk melihat soalan terkini tanpa perlu menekan pautan secara berulang-ulang. Terima kasih.Terima kasih atas cadangan yang diberikan. Insya-Allah cadangan tersebut akan diberi perhatian.Lain-lain16.12.2008
agaimanakah DBP dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu selain daripada penerbitan buku?Sekiranya, pelajar menghadapi masalah tentang bahasa, pelajar boleh menghubungi petugas KNB atau melayari laman ini yang bersedia membantu menyelesaikan masalah tentang tatabahasa. Selain itu, dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, DBP bukan sahaja memasyarakatkan ilmu menerusi fungsi penerbitan buku, bahkan, DBP banyak menganjurkan program-program kebahasaan dan kesusasteraan. DBP juga turut mengadakan kursus penataran bahasa dan bengkel penulisan seperti Minggu Penulisan Remaja (MPR) yang banyak melahirkan penulis genarasi muda.Lain-lain28.08.2007
Merujuk jawapan kepada soalan saya yang lepas tentang ketepatan perkataan mencolok mata dan menjolok mata, mengapakan perkataan menjolok mata tidak dapat diterima kerana menurut carian dalam http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/ka_rujukan_kamus_dbp.aspx?KataKunci=menjolok%20mata&Type=1, maksudnya ialah a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb).? Bukankah maksudnya sama? Persoalan ini timbul kerana dalam ujian sekolah anak mereka telah diberi soalan untuk memilih di anatara menjolok mata dan mencolok mata. Kekeliruan timbul kerana carian dalam kamus memberikan maksud yang sama kepada kedua-dua perkataan tersebut. Bagaimanakah hal ini dapat diterangkan kepada anak-anak?? Harap dapat membantuMenjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); manakala mencolok mata merupakan kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Kedua-dua makna tersebut boleh menjadi jawapan tetapi kita menerima pakai kata kiasan (mencolok mata) untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya sebagai jawapan yang paling tepat. Walau bagaimanapun dalam hal peperiksaan saudara perlu merujuk kepada pihak Kementerian Pelajaran kerana pihak Kementerian telah menyediakan skema jawapannya sendiri.Tatabahasa23.03.2010
Nak minta tolong translate bahasa melayu kepada bahasa jawi dengan perkataan: "Sirap Ubat Batuk Madu dan Akar Kayu" Harap boleh tolong saya dengan secepatnya. Terima Kasih.Soalan telah pun dijawab melalui faks. Sila hubungi talian KNB, sekiranya ada masalah berkenaan dengan perkara yang tersebut. Terima kasih.Makna05.09.2007
Mengapakah kata 'meng-e-melkan' mengandung 2 tanda sempang ?Terdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-emel-kan' adalah kerana bagi membezakan atau mengasingkan ejaan emel yang dieja 'e-mel'. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian KNB. Harap maklum.Ejaan24.09.2007
maksud istilah basikal serta sejarah basikal, jurnal mengenai basikalBaby deeya, untuk soalan berbentuk ini sila dapatkan jawapan atau huraian yang lebih daripada Ensaiklopedia. Di dalamnya terdapat huraian yang lengkap mengenai soalan yang ditanyakan.Terima kasih kerana menghubungi KNB DBP.Makna16.02.2009
SALAM TUAN, SAYA PELAJAR UUM INGIN MEMBUAT KAJIAN MENGENAI ISU "PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS". DIHARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBERI MAKLUMAT BERKENAAN YANG BOLEH DI GUNAKAN SEPERTI PEKELILING, ARTIKEL, PENDAPAT DSBNYA. MOHON TUNJUK AJAR

Terima kasih kerana menggunakan KNB. Saudara boleh merujuk bahan seperti dibawah atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP>

 

1.  Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris daripada Kaca Mata PelajarIzawati Adlin NawiPelita Bahasa01/02/2003
2. Antara yang perlu dengan yang tidak perlu menggunakan bahasa Inggerisdan penggubalan aktaAbdul Ghani AwangPelita Bahasa01/08/1996
3. Bahasa Inggeris dalam arus pembangunan negara: satu tinjuan umumAbdullah MajidDewan Bahasa01/11/1985
4. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, MatematikMohd. Nasir MahmudPelita Bahasa01/06/2003
5. Jika sains diajar dalam bahasa InggerisCikgu AndrodPelita Bahasa01/01/2001
6. Kemunculan semula bahasa Inggeris dalam bidang pendidikanKMHDewan Bahasa01/11/1985
7. Pendirian PENA tentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik-Dewan Bahasa01/07/2002
8. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik -Pelita Bahasa 01/07/2002
Lain-lain26.05.2008
12

Kembali ke atas