Saya ingin mengesahkan penggunaan pekataan yang betul bagi kemuskilan di bawah 1. Penggunaan perkataan sasaran dan menyasar, contoh PNB menetapkan sasaran mengumpul RM10 juta deposit atau PNB menyasarkan mengumpul RM10 juta 2. Perbezaan makna Baru dan Baharu... Contoh Saya balik kampung baru-baru ini Saya membeli kereta baharu | Sdri zaharah, Frasa yang betul ialah: PNB menetapkan sasaran mengumpul RM10 juta deposit. Hal ini demikian, kerana makna kata Sasaran ialah hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan; menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; . Manakala ayat ( No.2) yang sdri kemukakan seperti di atas, iaitu penggunaan kata baru-baru dan baharu. Jika diteliti ayat tersebut, kata baru-baru menunjukkan masa perjalanan balik ke kampong, manakala kata baharu atau baru menunjukkan bahawa dia membeli kereta yang baharu/baru bukan yang lama. | Tatabahasa | 27.03.2009 |
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 minggu | Pengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan yg lain, sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
Salam hormat dan salam sejahtera Di dalam perkataan @ nama untuk Negeri Johor mempunyai maksud dan nama yang banyak, seperti Johor Bharu, Johor Baharu dan Johor Baru. Yang mana satukah istilah perkataan dan nama bagi Negeri Johor yang betul untuk di tulis di dalam papan tanda jalan di jalan raya. Sekian,terima kasih Ariff Badlishah USJ Subang Jaya Selangor Darul Ehsan | Nama tempat adalah seperti yang telah diwartakan dan didaftarkan dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Ejaan tempat yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 tidak tertakluk pada panduan dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Contohnya, ejaan Johor Bahru, Kota Bharu dan Kampung Baru. Walaupun sebutannya sama tetapi bentuk ejaan mengikut nama yang telah diwartakan. | Ejaan | 15.11.2011 |
Apa makna: 1. Penempatan 2. Petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 14.05.2013 |
soalan 1 1)Apakah beza petempatan dan penempatan.Berikan contoh ayat. | Petempatan bermaksud kawasan yg baru dibuka utk didiami orang, manakala penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan, contohnya: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. | Makna | 02.07.2012 |
Saya sedang membuat semakan ke atas sistem yang menggunakan perkataan "paparan maklumat pengguna baru". adakah perkataan baru ini betul atau perlu digantikan dengan "baharu". Bagaimana pula dengan "Kontrak baru", adakah penggunaan "baru" betul atau perlu digantikan dengan "baharu" | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". Maka jawapan yang paling tepat ialah "paparan maklumat pengguna baharu". | Tatabahasa | 28.07.2015 |
Assalamualaikum Apakah yang membezakan kampung dan perkampungan. Penduduk perkampungan itu @ penduduk kampung itu. Yang mana betul. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, perkampungan 1. mengenai (berkaitan dengan) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. Manakala kampung pula bermaksud kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dari Kuala Lumpur; 2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; Berdasarkan takrif tersebut, kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama. Frasa penduduk kampung dan penduduk perkampungan itu boleh digunakan. | Tatabahasa | 16.10.2013 |
Tuan, saya keliru dengan perkataan 'baru' dan 'baharu'. Dalam frasa ini 'Menuju ke era baru', adakah perkataan 'baru' itu betul penggunaannya? Terima kasih. | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". Penggunaan perkataan baru dalam ayat di atas betul walau bagaimanapun, kami menggalakkan penggunaan istilah baharu. | Tatabahasa | 15.10.2015 |
apakah beza antara " penempatan " dengan " petempatan " ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 12.02.2012 |
PERBEZAAN BARU DAN BAHARU? | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama. Baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". | Tatabahasa | 10.03.2018 |