Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata kerja pasif diri pertama dan kedua bagi kata kerja transitif "melipatgandaakan" dan "menguatkuasakan"? Sekian, terima kasih.

Merujuk perbincangan dengan tuan melalui telefon tentang pertanyaan di atas, ejaan yang betul ialah lipat gandakan dan kuat kuasakan bagi bentuk pasif kata kerja diri pertama dan kedua. 

Tatabahasa06.03.2009
Apakah situasi boleh menggunakan imbuhan ter-... diikuti dengan oleh saya? Contoh: ter__________ oleh sayaDalam ayat pasif diri pertama tidak boleh kata kerja pasif (terangkat) + oleh + kata ganti diri pertama (saya), ayat yang gramatis ialah ... saya terangkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 491.Tatabahasa28.09.2011
Bentuk pasif yang betul ialah "Batu itu saya tersepak." Untuk maklumat lanjut tentang awalan "ter-", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 170 - 175. Itu ialah jawapan tuan tentang bentuk kata kerja pasif dalam binaan ayat apabila menggunakan kata ganti nama diri orang pertama. Dalam Tatabahasa Dewan m/s 170-175 tiada penerangan khusus tentang penggunaan 'saya' dalam ayat pasif dengan kata kerja pasif 'ter'. Untuk pengetahuan tuan, jawapan tuan tidak konsisten. Pada masa yang lain tuan jawab begini Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama. (21.09.2012). Adakah adanya kata nafi 'tidak' membenarkan alasan jawapan tuan? Masalah utamanya ialah PRPM ruangan Khidmat Nasihat sering menjadi rujukan pelajar dan pengguna bahasa tentang pelbagai masalah bahasa dan jawapan tuan menjadi pegangan mereka. Jawapan yang tidak konsisten menyukarkan guru-guru untuk menjelaskan masalah kebahasaan seperti yang saya nyatakan. Sebanarnya yang mana jawapan yang betul?Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Setelah berbincang dengan munsyi dewan, ayat yang betul ialah "Batu itu tersepak oleh saya." 

Kekeliruan timbul apabila melibatkan ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama iaitu saya. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga.


Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 490.
Tatabahasa09.09.2013
Salam, apakah perbezaan di antara ayat pasif pelaku diri pertama dengan ayat pasif pelaku diri kedua? Adakah dari struktur binaan ayatnya mempunyai perbezaan? Jika ada, bolehkah pihak tuan terangkan?Mohon pencerahan. Terima kasih.Struktur binaan ayat pasif bagi kata ganti nama diri pertama dan kedua sama, iaitu tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Tidak ada perbezaan dalam struktur binaan ayat pasif tersebut.Tatabahasa20.03.2014
Salam sejahtera tuan. Pertanyaan saya ialah "apakah ayat pasif yang betul bagi ayat aktif, iaitu "saya memperisteri gadis yang cantik itu". Terima kasih.Bentuk ayat pasif bagi kata ganti diri pertama ialah kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata ganti nama diri pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-, maknanya juga tidak menerima kata oleh selepas kata kerja. Ini bermakna, ayat pasif bagi ayat tersebut, "Gadis yang cantik itu saya peristeri".
Tatabahasa20.12.2016
Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.. Apakah perbezaan antara; 1. Surat itu telah saya tulis semalam.. 2. surat itu saya telah tulis semalam penggunaan kata bantu dalam ayatyang telah dipasifkan harus berada di kedudukan sebelum atau selepas KGND? 1. saya telah makan semalam? atau telah saya makan semalam? diharapkan pihak PRPM dapat membantu saya..Hukum Aneksi Persona ialah peraturan yang menetapkan frasa kerja pasif diri pertama atau kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama atau kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata. Sebagai contohnya, ...akan saya baca ....[_/] , saya akan baca [ x].. Frasa yang betul ialah ...telah saya tulis semalam.Tatabahasa30.08.2013
Asalamualaikum...Saya ingin bertanya sama ada ayat berikut betul atau salah(Tiada tertelan oleh saya makanan itu akibat demam.)Hal ini kerana saya keliru dengan penggunaan kata kerja 'tertelan' dalam ayat tersebut. Dalam ayat pasif diri pertama tidak boleh ada perkataan 'oleh'. Adakah 'tertelan' dalam ayat di atas berfungsi sebagai kata kerja pasif?Terima kasih banyak-banyak.

Puan Anita,

Memang betul kata Puan,ayat ini sepatutnya ditulis - saya tidak tertelan makanan itu akibat demam.

Tatabahasa26.04.2010
Adakah imbuhan ter- yang membawa makna keupayaan tidak boleh dipasifkan? contoh: Saya terangkat beg yang berat itu. Beg yang berat itu terangkat oleh saya. Sekian, terima kasih.Ada dua rumus yang perlu kita teliti dalam kes ini. Pertama Awalan teR- yang membawa pengertian keupayaan (Tatabahasa Dewan, halaman 175), namun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada awalan teR- dengan kata ganti nama diri pertama. Rujuk pula halaman 490: Ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan, walau bagaimanapun dalam ayat contoh yang diberi tidak ada kata kerja pasif ter- dengan kata ganti nama diri pertama; dan pada halaman 491 diterangkan Ayat Pasid Kata Ganti Nama Diri Pertama, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini berlaku demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Berdasarkan ketiga-tiga rumus tersebut penggunaan ayat pasif diri orang pertama yang gramatis (berdasarkan konteks yang diperlukan) ialah Beg yang berat itu telah saya angkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk tajuk-tajuk yang berkaitan seperti pada halaman yang diberi dalam buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa30.09.2011
Salam sejahtera, Apakah ayat pasif bagi ayat-ayat berikut? 1. Saya terangkat batu yang berat itu. 2. Saya terminum racun serangga. Adakah ayat pasifnya boleh menerima ter- oleh saya? terima kasih.Bentuk ayat pasif bagi kata ganti diri pertama ialah kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata ganti nama diri pertama tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-, maknanya juga tidak menerima kata oleh selepas kata kerja. Contoh ayat pasif yang betul ialah Kerja itu sudah saya selesaikan dan Bola itu saya tendang.Tatabahasa01.03.2012
salam, saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Kekuatan pemain itu tidak terlawan oleh saya,"kata Ali kepada cikgu Asmad. Ayat ini betul atau salah? Kalau betul kenapa? Dan sekiranya salah kenapa? Sebabnya timbul kekeliruan tentang penggunaa ter- dalam ayat pasif apabila ada kata ganti diri pertama. Mohon penjelasan detail. Terima kasih.Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama.Tatabahasa21.09.2012
123

Kembali ke atas