| Tuan, 1. Mohon khidmat nasihat tuan berhubung nama kawasan pemajuan yang sesuai, iaitu sama ada: i. Pusat Komersil Intan Sentral; atau ii. Pusat Komersil Sentral Intan. 2. Jabatan saya akan menyediakan sebuah papan penceritaan (Storyboard) berkenaan sejarah Bangunan Mahkamah Lama Teluk Intan, setelah merujuk kepada Jabatan Warisan Negara, pihak kami diminta berhubung dengan pihak DBP berhubung penterjemahan versi Bahasa Inggeris. Nasihat tuan berhubung perkara ini. Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "pusat" dan "sentral" mempunyai maksud yang sama dan tidak boleh diletakkan dalam satu frasa yang sama. Oleh itu, nama yang dicadangkan ialah PUSAT KOMERSIAL INTAN | Tatabahasa | 10.09.2014 |
| Saya sedia maklum dengan perkara tersebut. Namun begitu, tujuan saya mendapatkan kepastian lanjut adalah kerana terdapat pemajuan terdahulu yang masih menggunakan nama individu atau komersial, contohnya Ryan Service Apartment. Sehubungan itu, saya ingin memahami dengan lebih jelas asas atau garis panduan semasa yang menyebabkan nama yang dicadangkan kini tidak boleh dipertimbangkan, sama ada disebabkan oleh: perubahan dasar atau polisi penamaan terkini, klasifikasi nama (nama individu / komersial / istilah umum) Penjelasan lanjut ini amat membantu pihak kami untuk menyesuaikan cadangan nama agar selaras dengan keperluan semasa, sekali gus mengelakkan sebarang isu pada peringkat kelulusan seterusnya. Terima kasih. Sharmeela | Untuk maklumat lanjut berkaitan penamaan bangunan/pembangunan/taman/jalan, pihak puan boleh merujuk Garis Panduan Umum Menamai Bangunan/Pembangunan seperti yang dilampirkan dan Buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua yang boleh didapati di Kedai Buku DBP atau secara dalam talian melalui dbpniaga.my. Pihak puan juga boleh berhubung terus dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan untuk perbincangan lanjut. | Lain-lain | 05.01.2026 |