"...laksa Kelantan..." atau "...laksa kelantan..."? | Ejaan yang betul ialah "laksa Kelantan" | Ejaan | 14.06.2007 |
Apakah yang dapat dibandingkan antara dialek kelantan dan juga bahasa baku? | Dialek Kelantan ialah bahasa yang digunakan di daerah Kelantan, manakala bahasa baku ialah bahasa standard. | Makna | 20.01.2007 |
saya ingin mendapat koleksi sajak dari penyair-penyair kelantan dan biodata mereka | Sila merujuk bahan ini : Sempadan abadi : antologi puisi Persatuan Penulis-penulis KelantanDirektoti Penulis Kelantan | Lain-lain | 23.12.2008 |
Tuan, Saya memohon bimbangan tuan menghuraikan pembentukan ayat-ayat berikut: 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Apakah komen tuan sekiranya di belakang muncul ditambah sebagai? 2. Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan bersiaran pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Lamaan web RTM gunakan "bersiaran"-Apakah komen tuan sekiranya digantikan dengan "disiarkan" dalam ayat tersebut? 3. "Belum ada kata putus mengenai tarikh lawatan KSU". Saya semak di kamus DBP, ada Putus Kata sahaja, kata putus tak betul? | 1. Pasuskan Kelantan muncul johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. ayat ini telah lengkap, manakala ayat Pasuskan Kelantan muncul sebagai johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan juga betul. sebagai di situ bermaksud selaku. 2. Yang paling tepat ialah disiarkan - Rancangan Kelantan Di Sana Sini akan disiarkan pukul 3 hinga 4 petang tiap-tiap hari. Disiarkan bermaksud dihebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, sedangkan bersiaran bermaksud mengendalikan siaran di televisyen atau radio. 3. kata putus (di bawah entri putus) ada dalam Kamus Dewan bermaksud kepastian, keputusan, ketentuan. | Tatabahasa | 16.11.2008 |
Berdasarkan soalan saya bertarikh 7/7/2011 1. Mengapakah perkataan "kerajaan" sebelum Kerajaan Malaysia adalah nama khas 2. Bagaimana pula dengan perkataan "negeri" dan "negara" contohnya negeri Kelantan atau Negeri Kelantan dan negara Malaysia atau Negara Malaysia. Bukankah "negeri", "negara" dan "kerajaan" sepatutnya nama am. | Sebagai kata nama am, kerajaan dieja dengan huruf kecil tetapi apabila menjadi kata nama khas seperti Kerajaan Malaysia mestilah dieja dengan huruf besar kedua-duanya. Merujuk Kamus Dewan ejaan negara Malaysia betul, iaitu negara dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 11.07.2011 |
apakah perkataan kelantan yang terdapat dalam kamus | Saudara, Untuk mendapatkan perkataan -perkataan tersebut, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekiranya kata masukan dalam kamus ialah kata dialek Kelantan, maka kata tersebut akan ditandai dengan huruf Kl. | Lain-lain | 07.07.2009 |
salam tuan, biasanya di Kelantan atur cara sesuatu majlis akan ditulis seperti berikut: 8.00 pagi ceramah 9.30 pagi persegaran begitulah seterusnya ...adakah dalam konteks ini betul penggunaan perkataan ;persegaran' mohon penjelasan lanjut kerana di Kelantan begitulah keadaannya. | Untuk makluman, tidak ada kata "persegaran" dalam pangkalan data kami. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran, penyegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
Mencari istilah, dialek atau loghat bagi rakyat Kelantan yang selalu digunakan samada telah pupus atau sedang digunakan oleh masyarakat Malaysia. | Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan lanjut. Saudara boleh merujuk buku Sintaksis Dialek Kelantan, tulisan Abd. Hamid Mahmood dan juga Kamus Dewan untuk membantu saudara dalam perkara ini. Saudara juga digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. | Istilah | 23.05.2009 |
tuan, menurut Hikayat seri kelantan (...Tuk Ca itu apa maksud ia mari serta langgar negeri kita ini kerana ia orang kebenaran, tentulah ia beroyat dengan betul) tuan, saya tak dapat cari maksud beroyat, apakah maksud ini? TQ | Royat ialah dialek Kelantan, Terengganu dan Pahang yang bermaksud menceritakan atau memberitahukan. Lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=royat untuk maklumat lanjut. | Makna | 18.01.2012 |
Salam. Sy nak taw mcm mn nak hubungi siapa2 yg berkaitan Othman Kelantan? Utk kajian sastera sy, insyaAllah | Waalaikumuslam wbk. Bagi maksud tersebut, sdr bolehlah hubungi waris atau anak Allahyarham S. Othman Kelantan iaitu SM Zakir melalui alamat e-mel: smzakir90@gmail.com atau talian 017-3427991. Selamat berjaya dan wassalam. | Lain-lain | 01.08.2010 |