| Manakah yang betul? 1. Kereta mewah yang berwarna hitam itu besar..........( nian, sungguh) 2. Payung itu tersandar ( di, pada ) dinding. | 1. Kereta mewah yang berwarna hitam itu besar sungguh. 2. Payung itu tersandar pada dinding. | Tatabahasa | 24.03.2015 |
| perkataan seerti dengan perkataan tumpang | Tidak ada perkataan khusus yang seerti dengan perkataan tumpang kerana penggunaan perkataan tumpang boleh membawa pelbagai maksud dalam konteks tertentu. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, tumpang mempunyai 6 tafsiran, iaitu: 1. Berada (terletak, terdapat) di atas sesuatu. Contoh ayat: gumpalan awan hitam sebagai kepala raksasa tumpang di atas puncak gunung. 2. Menaiki kenderaan (kereta, kapal dsb) untuk berpergian. Contoh ayat: Kalau masih ada tempat, saya mahu tumpang kereta api senja. 3. Turut tinggal (bermalam dsb) sementara di rumah orang; singgah (bermalam, tinggal) untuk sementara. 4. Berpergian dengan menaiki kenderaan (kereta) orang lain dengan percuma. 5. Meminta atau memohon supaya diizinkan (berjalan, bertanya dsb). 6. Bersama-sama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta. Saudara juga boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1733. | Istilah | 18.02.2009 |
| Tukar lirik lagu dialek kedah kepada Bahasa Melayu standard Mai Chek Mai Kita Kedah Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Naik Kapai Terbang Turun Kepala Batas Makan Tok Sah Bimbang Kami Banyak Beras Ikut Lebuhraya Teruih ke Kayu Hitam Jaga Chek Ooii JAga Kereta Meneru Neran Kreta Meneru Nerannn … Uuummmmmm Lekasla Mai Kedah Singgahlah Ke Pekan Rabu Minum Nira Nipah, Makan Emping Kerabu Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Maju Tak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Tengok Sana Sini Pembagunan Serata Negeri Ada Mesin Padi Ada Kilang Besi Melawak Orang Kedah Jangan Cepat Terasa Tok Sah Dok Kesah Bekawan Cepat Mesegha Bekawan Cepat Meseghaaa Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Muju Dak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. Saudara bole merujuk buku untuk rujukan yang telah diterbitkan, iaitu Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk alih bahasa tersebut serta menggunakan prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
| Salam, bolehkah saudara/saudari berikan ayat contoh penggunaan kata sendi nama 'pada' yang hadir sebelum manusia dan satu ayat contoh lagi untuk penggunaannya sebelum haiwan? Terima kasih. | Sendi nama 'pada' digunakan dalam beberapa situasi tertentu seperti yang berikut: 1. Untuk menandakan waktu atau masa. Contoh ayat - Pada malam begini, sebuah dua kereta lalu juga di jalan itu. 2. Untuk menandakan sesuatu tempat yang tetap yang mendahului kata nama atau frasa nama. "Tempat" di sini dapat merujuk kepada orang ataupun objek. Contoh ayat untuk manusia: Penjahat itu merampas semua duit yang ada pada Halimah. Contoh ayat untuk haiwan: Sungguh hairan melihat anak anjing itu menggesel-geselkan badannya pada kucing hitam itu.
| Lain-lain | 09.04.2014 |
| MAKSUD SURAM | Suram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; | Makna | 02.10.2010 |
| Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Lain-lain | 04.09.2010 |
| Salam Sejahtera tuan/puan. Bolehkah tuan/puan jelaskan cara menggunakan tanda baca koma sebagai pemisah ayat atau klausa | Antara fungsi tanda koma sebagai: 1. Memisahkan unsur kata dan frasa yang berurutan. Contoh: Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. 2. Memisahkan beberapa ayat setara. Contoh: Pelita itu dinyalakan, dibawa masuk ke bilik tidur, diletakkan di hujung katil. 3. Memisahkan klausa utama daripada keterangan tambahan yang bermula dengan “iaitu”, “yakni” dan “misalnya”. Contoh: Ada dua warna yang selalu menjadi pilihannya, iaitu merah jambu dan kuning langsat. 4. Memisahkan klausa komplemen, atau frasa klausa dan keterangan daripada ayat induk (dalam ayat songsang). Contoh: Jika hujan lebat, pertunjukan itu terpaksa dibatalkan. 5. Memisahkan kata atau ungkapan yang diulang. Contoh: Tiada lain yang dibuatnya, melainkan menangis, menangis, menangis! 6. Memisahkan ayat petikan langsung. Contoh: Katanya, “Esok kita pulang.” 7. Memisahkan kata nama atau frasa nama daripada frasa penjelasan yang mengikutinya. Contoh: Dia ke kota dengan kereta abangnya, Proton Perdana hitam. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 109 – 113. | Ejaan | 05.07.2024 |
| 1)Nyatakan perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh". 2)Mengapa kata "di mana", "yang mana", dan "apa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata? 3)Jelaskan perbandingan kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dengan memberikan contoh ayat yang sesuai dan tepat. 4)Apakah perbezaan kata sendi nama "antara" dengan "diantara"? | Puan Nadrah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. untuk jawapan yang lebih jelas dan lengkap tentang pertanyaan ini sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan. dapat. - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha; (boléh) 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukan. Contohnya- untuk siapakah hadiah ini?. Ayat ini tidak boleh ditukar dengan - bagi siapakan hadiah ini? Kata sendi nama untuk pula boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.- kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja. | Tatabahasa | 01.01.2010 |