ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SAYA HANIS ZARIS, PEGAWAI PENGUATKUASA DARI UNIT PENGUATKUASAAN NEGERI PAHANG. PIHAK KAMI SERING MELAKUKAN TANGKAPAN DAN SITAAN JENTERA BERAT YANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KERJA-KERJA TANAH DAN SEBAGAINYA(YANG SESUAI). NAMUN KAMI TIADA MAKLUMAT LENGKAP NAMA JENTERA BERAT TERSEBUT DALAM BAHASA MELAYU UNTUK DIGUNAKAN DALAM KERTAS SIASATAN. MISALNYA EXCAVATOR : JENGKAUT, BULLDOZER : ? , BACKHOE : ? , FORKLIFT : ?. JUSTERU MOHON JASA BAIK PIHAK TUAN UNTUK BERKONGSI NAMA-NAMA JENTERA BERAT YANG ADA DALAM REKOD DBP DALAM USAHA UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. TERIMA KASIH. | Untuk membantu tuan membuat semakan bagi penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. Sekiranya istilah yang dicari tidak dijumpai, tuan boleh ajukan pertanyaan kepada kami. | Istilah | 24.10.2022 |
antara kata kerja berikut iaitu MENAMBAK, MENIMBUN atau MENAMBUN, kata kerja yang manakah paling sesuai dan betul bagi ayat "kerja-kerja ~ tanah"? | Mohon maaf, pertanyaan tuan/puan tidak lengkap dan tidak jelas untuk pihak kami memberikan jawapan yang diperlukan. | Lain-lain | 04.03.2025 |
jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama. | Mohon maaf. Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul: Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur. | Lain-lain | 17.07.2018 |
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentungan | Pembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah. | Makna | 29.10.2009 |
Yang manakah lebih tepat antara 3 ayat berikut: 1. Tanah itu dibajai oleh Ali 2. Tanah itu dibaja oleh Ali 3. Tanah itu dibajai Ali Adakah perkataan yang menggunakan apitan 'di......i' boleh disertai Kata Sendi nama 'oleh' selepas kata kerja pasif? | Ketiga-tiga ayat tersebut betul penggunaan ayat pasif. Kata sendi nama "oleh" digunakan selepas kata kerja pasif. Namun, "oleh" boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga di halaman 209 dan 491 untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 10.02.2013 |
Assalamualaikum, saya ingin membuat pertanyaan untuk bertanyakan apakah terjemahan yang tepat untuk "land disturbing activitiy means any project development that is subject to Section 34A Environmental Quality Act 1974 that involves activities such as clearing of trees or vegetation, excavating, raising or sloping of ground, trenching, grading and blasting" saya mengunakan terjemahan seperti berikut: "aktiviti gangguan tanah," merujuk kepada sebarang projek pembangunan yang tertakluk kepada Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 seperti penebangan pokok atau tumbuhan, memindahkan tanah, bahan batuan atau bahan-bahan lain, perubahan kepada ketinggian dan kecerunan tanah, penggalian, kerja-kerja melibatkan perubahan kecerunan dan letupan" | Ayat yang lebih sesuai bagi terjemahan yang diberikan ialah "Aktiviti gangguan tanah merujuk sebarang projek pembangunan yang tertakluk bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang melibatkan aktiviti seperti penebangan pokok atau tumbuh-tumbuhan, penggalian, menaikkan atau mencerunkan tanah, parit, penggredan dan letupan." | Makna | 26.07.2023 |
Kerja sama atau kerjasama? "Kerja" dan "sama" dua morfem bebas, kan? Morfem bebas dieja terpisah daripada satu sama lain kerana dapat berdikari dalam ayat. Hanya morfem terikatlah yang dieja rapat, seperti awalan meN- pada kata "membasuh" dan partikel -lah pada kata "berikanlah". Tiadalah alasan untuk D.B.P. membentuk senarai kata majmuk mantap kerana D.B.P. membentuk kata majmuk mantap atas kelaziman masyarakat yang merupakan sikap yang tidak betul kerana kelaziman masyarakat itu, iaitu pengejaan "keretapi", "kerjasama", "matahari" tidak berasaskan tata bahasa bahawa morfem bebas dapat berdikari. Jika pengejaan "kerjasama" yang kelaziman masyarakat kata majmuk mantap, "keretapi" juga kelaziman masyarakat, mengapakah tidak dikira kata majmuk mantap? | Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Perkataan kereta api dieja terpisah.Tetapi apabila sudah didaftarkan sebelum penyelarasan sistem ejaan baharu, Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sama juga dengan situasi nama stesen kereta api di Malaysia. | Lain-lain | 09.09.2017 |
Jika menggunakan cangkul membuat lubang di tanah ? Apakah kata kerja yang betul digunakan? menggali,mengorek atau mencangkul? Terima kasih | Ketiga-tiganya betul. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Adakah ayat-ayat berikut dibina dengan betul: "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." "Datuk saya menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." Terima Kasih. | Jawapan: 1. "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." - betul 2. "Datuk menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." - 'saya' tidak perlu diulang. | Tatabahasa | 04.11.2015 |
Tuan, Saya ingin bertanya tentang kata 'mengenai' yang berfungi sebagai kata sendi dan kata kerja. Adakah "mengenai" sama dengan kata sendi "tentang". Jadi akan ayat ini betul. Saya membaca buku mengenai sejarah Tanah Melayu. atau Saya membaca buku tentang sejarah Tanah Melayu. | Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Contohnya, Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contohnya, Mereka berbincang mengenai masalah (tentang) negara. | Tatabahasa | 06.02.2014 |