Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj dapur tertutup yg dipanaskan utk membakar, memanggang, dsb, oven; ~ mikrogelombang sj ketuhar yg mengguna­kan gelombang mikro utk memasak makanan dgn cepat; ~ perolakan (ERT) ketuhar yg menggunakan perolakan haba utk memasak makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 alat atau tempat pembakaran (utk membakar kuih dsb). 2 relau atau tanur tempat membakar atau tempat mengeringkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ketuhar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kepentingan tulisan jawi ialah/adalah sebagai lambang jati diri bangsa Melayu. 2. Keluarkan roti dari/daripada ketuhar. Penggunaan kata manakah yang betul dan sila berikan sebabnya. Terima kasih.1. Kepentingan tulisan jawi ialah sebagai lambang jati diri bangsa Melayu. Tulisan Jawi sebagai lambang jati diri bangsa Melayu.
2. Keluarkan roti daripada ketuhar.
Tatabahasa05.03.2015
Tuan Apakah terjemahan yang tepat untuk 'microwaveable shallow dish'? Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "microwaveable shallow dish". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pinggan boleh masuk ketuhar mikrogelombang atau bekas boleh masuk ketuhar mikrogelombang.Istilah06.01.2017
Kek itu mengembang sebaik sahaja dikeluarkan dari ketuhar. (Adakah ayat di atas betul?Saya berpendapat bahawa kata kerja "mengembang"yang digunakan tidak sesuai)

Saudara,

Perkataan mengembang dalam ayat itu sesuai  digunakan.

Tatabahasa07.07.2010
Apakah istilah bahasa melayu untuk brick oven atau masonry oven?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ketuhar bata atau oven bataIstilah01.03.2017
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberi terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Truck-in Oven 2.Walk-in Oven 3. Slot Furnace 4. Pulverized Fuel Boiler 5. Stoker Fired Boiler Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang diberikan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 1. Truck-in Oven - Ketuhar Mudah Alih
 2.Walk-in Oven - Ketuhar Mudah Alih
 3. Slot Furnace - Relau Slot /Relau Lubang Alur
 4. Pulverized Fuel Boiler - Dandang Bahan Api mendebu
 5. Stoker Fired Boiler  - Dandang Bakar Pembubuh
Istilah26.04.2016
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. 

Makna01.04.2011
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Potato Rumbler 2. Pie Die 3. Pizza Dough Docker 4. Bratt Pan 5. Proofing Oven 6. Chef Blowtorch Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Potato Rumbler  - Pengupas kentang
2. Pie Die - Acuan Pai
3. Pizza Dough Docker - Pencucuk Doh Piza
4. Bratt Pan - Alat Memasak Bratt
5. Proofing Oven - Ketuhar Penaikan Doh
6. Chef Blowtorch - Penunu Bagas
Istilah23.03.2016

Kembali ke atas