Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Key


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
trade in and repeat the key for key cycle again after year 6Mohon perjelaskan pertanyaan puan. Sekiranya puan ingin menyemak terjemahan, sila sertakan cadangan terjemahan puan.Lain-lain27.03.2014
Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan istilah bahasa Inggeris "key smash". "Key smash" bermaksud perbuatan menekan pelbagai kekunci di papan kekunci secara rawak di dalam sesebuah perbualan, bagi menyatakan perasaan yang sukar untuk digambarkan, lazimnya dalam spektrum kelakar. Bolehkah "hentakan kekunci" digunakan? Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk artikel mengenainya di Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Keysmash Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "key smash" ialah hentak papan kekunciMakna12.01.2021
Saya ingin mendapatkan maksud "Key Population" dalam Bahasa Melayu. Key population biasanya merujuk kepada masyarakat terpinggir, dalam konteks penyelidikan yang sedang saya lakukan "Key population" merujuk kepada komuniti "Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender". Mohon maklumbalas segera dari pihak tuan/puan. Terima kasih.Cadangan padanan perkataan "key population" ialah masyarakat berisiko tinggi. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat.Istilah17.01.2020
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan bagi "Key Fob" dalam Bahasa Melayu? "Key Fob" adalah sejenis token sekuriti (peranti perkakasan kecil dengan bina dalam mekanisme pengesahan. Sumber: http://searchsecurity.techtarget.com/definition/key-fob Saya mendapati beberapa laman web menggunakan "Kunci Fob". Adakah terjemahan tersebut boleh diterima pakai? Terima kasih.Padanan Kunci Fob bagi Key Fob boleh diterima kerana dalam bidang kesenian kata fob itu dikekalkan bentuknya seperti reben fob.Penyemakan dan penterjemahan19.03.2015
Apa terjemahan yang diiktiraf oleh DBP bagi "key stakeholders"?"Key stakeholders" merujuk individu atau pihak utama yang berkepentingan.Makna12.11.2014
Salam sejahtera, Adakah "golongan utama" boleh digunakan bagi terjemahan "key persons"? Jika tidak, boleh berikan pendapat anda? Mohon pendapat dan bantuan DBP. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang golongan utama atau key person dalam pangkalan data kami. Dalam frasa non-formal key person, key person diterjemahkan kepada tokoh penting. Kami berpandangan dalam bidang penterjemahan, penterjemah lebih memahami dan dapat menghasilkan terjemahan yang ltepat berdasarkan konteks penggunaan perkataan tersebut. Apa yang dapat kami bantu adalah dengan menyemak penggunaan sesuatu kata dari aspek binaan kata terjemahan tersebut ke dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2015
Apakah terjemahan dlm bM bagi "key in"... cth ayat Saya perlu key-in maklumat itu dengan segera. TqvmPadanan bagi key-in ialah memasukkan, seperti measukkan data.Penyemakan dan penterjemahan07.03.2015
Salam.. Saya menghadapi kesukaran untuk menterjemahkan "Key Resource Allowance" dalam bahasa malaysia. Harap dapat pandangan dari pihak tuan. Terima kasih halikUntuk makluman istilah key resource allowance tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk key ialah utama atau penting, resource ialah sumber dan allowance ialah elaun. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk key resource allowance ialah elaun sumber utama.Istilah11.07.2011
1. key chain dan puzzle dalam bahasa Melayu? 2. satu setengah jam atau satu jam setengah. Sebelum ini, saya mendapat jawaban daripada DBP iaitu satu setengah jam atas alasan unit letak di belakang.1. rantai kunci
2. teka teki atau mainan teka teki
3. Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Istilah27.04.2012
Terjemahan untuk 'Key Audit Matters' = Hal-hal Audit UtamaPerkataan key audit matters boleh diterjemahkan kepada perkara audit utama atau perkara utama audit, bergantung pada konteks penggunaannya.Lain-lain03.05.2017
1234

Kembali ke atas