| Khairul Ashraaf RAB 11.41 PTG Assalamualaikum,.. Saya Khairul Ashraaf, saya ingin bertanya, mengenai Biasiswa Tun Syed Nasir DBP. Adakah biasiswa tersebut masih ditawarkan pada sesi pengajian tahun ini? dan jika masih ditawarkan, bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa tersebut? | Wassalam. Untuk makluman, biasiswa tersebut tidak ditawarkan untuk tahun ini. Sekiranya terdapat apa-apa pengumuman, pihak tuan boleh mendapat maklumat melalui laman rasmi DBP. | Lain-lain | 13.09.2017 |
| Assalamualaikum.. Ingin kepastian jawapan soalan murid : 1. Ahmad Khairul sedang membuat __________ kedua dalam acara kegemarannya ( Gambar acara lontar peluru ) A. balingan B. lontaran yang manakah jawapan yang tepat dan mengapa? terim kasih | Salam, Ahmad Khairul sedang membuat lontaran kedua dalam acara kegemarannya (Gambar acara lontar peluru) Dalam konteks ayat tersebut, lontaran lebih tepat kerana dalam sukan pun nama bagi acara tersebut ialah lontar peluru, berbanding balingan yang membawa maksud batu dan lain-lain yang dibubuh pada tali dan dilemparkan dengan mengayunkannya terlebih dahulu mengelilingi. | Tatabahasa | 27.10.2015 |
| Penyemakan bahasa atau ejaan yang betul. 1. Khairul mendermakan organisasi kebajikkan itu. 2. Imran menikmati goreng pisang di waktu petang. 3. Pelbagai isu-isu penduduk telah mereka bincangkan. 4. Maryam memperolehi markah tertinggi sekali dalam kelas tersebut. 5. Kerja-kerja pedalaman parit telah dilaksanakan oleh saya atas arahan ayah. 6. Telor rebus itu dimakan oleh saya. 7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong royong. 8. Permohonan kemasukkan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara atas talian. 9. Para pengundi-pengundi telah bersedia mengundi pada pilihanraya yang akan datang. 10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju Selat Melaka. | 1. Khairul memberikan derma kepada organisasi kebajikan itu. 2. Imran menikmati pisang goreng pada waktu petang. 3. Pelbagai isu berkaitan penduduk telah mereka bincangkan. 4. Maryam memperoleh markah tertinggi dalam kelas tersebut. 5. Kerja-kerja pendalaman parit telah saya laksanakan atas arahan ayah. 6. Telur rebus itu saya makan. 7. Penduduk Kampung Sentosa saling tolong-menolong dalam program gotong-royong. 8. Permohonan kemasukan pelajar ke sekolah tersebut boleh dilakukan secara dalam talian. 9. Para pengundi telah bersedia untuk mengundi pada pilihan raya yang akan datang. 10. Kapal mewah milik jutawan itu baharu bergerak menuju ke Selat Melaka. | Tatabahasa | 27.07.2021 |
| Azzah Zulkanain THURS 18:00 Azzah Zulkanain Azzah Assalamualaikum..saya nak tanya..mcm mna nk sertai pertandingan tunas cipta ni ye? | Wkslm... Untuk pertanyaan mengenai pertandingan tersebut puan boleh menghubungi pegawai kami Puan Khairul Anum binti Mohd Ali melalui talian 03-2147 9259 | Lain-lain | 19.01.2017 |
| Saya berminat untuk menyertai bengkel penulisan anjuran DBP, tetapi malangnya bengkel ini tidak terdapat di Pulau Pinang. Bolehkah pihak DBP mengadakan bengkel penulisan di Pulau Pinang? | Salam. Ada empat (4) unit di Pejabat DBP Wilayah Utara, iaitu Unit Bahasa (Puan Khairul Anum Mohd Ali), Unit Sastera (Puan Khairiyah Ghazali), Unit Penerbitan (Syahida Ahmad) dan Pusat Dokumentasi Melayu (Mohd Hafiz Salim). Semua unit tersebut ada menganjurkan bengkel-bengkel penulisan. Mohon berhubung dengan pegawai berkenaan untuk bengkel yang saudara ingin sertai. No. tel. : 04-5377241/2/3/4 Alamat: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, No. 31, Lorong P.S.2, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Lain-lain | 10.12.2008 |
| Assalamualaikum tuan, Saya ingin pastikan sama Ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. terima kasih. I) Hal ini amat penting kerana melalui minat yang lahir dari hati yang murni akan mendorong mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan sebaik yang mungkin, bukannya dengan sambil lewa atau sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata. 2) Khairul bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari / daripada rumah. | Kedua-dua ayat ini telah dibuat pembetulan. I) Hal ini amat penting kerana melalui minat yang lahir daripada hati yang murni mendorong mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan sebaik yang mungkin, bukannya dengan sambil lewa atau sekadar untuk mendapatkan gaji semata-mata. 2) Khairul bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah. | Tatabahasa | 11.07.2008 |
| ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA. PADA 27/3/2008 SAYA ADA BERTANYA TENTANG KURSUS PENULISAN DI KAWASAN UTARA TETAPI SEHINGGA SEKARANG MASIH BELUM ADA SEBARANG KURSUS YANG DIJALANKAN. BOLEH SAYA TAHU MASALAHNYA. | Saudara boleh menghubungi pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Puan Khairul Anum, no. tel.04-577241 atau e-mel anum@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 19.06.2008 |
| Asalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan/Puan Saya sering terkeliru dengan penggunaan perkataan 'Untuk' dan 'Bagi' di dalam ayat. Sekiranya tidak keberatan, saya berharap pihak Tuan/Puan dapat memberikan perbezaan dan apakah penggunaan yang sesuai untuk kedua-dua perkataan ini. Terima Kasih | Encik Khairul, Dalam pembentukan ayat, kata bagi dan untuk adalah serupa penggunaannya. Kedua-dua kata ini digunakan adalah untuk menunjukkan hubungan antara penerima dengan bahagian ayat yang lain. Penerima yang dimaksudkan mungkin manusia, haiwan atau benda. Misalnya; Bagi 1. Pelajaran itu mudah bagi kami kerana guru memberikan penerangan yang jelas. 2. Pelajar-pelajar mengadakan pementasan khas bagi sambutan Hari Guru pada tahun ini. 3. Bagi Fauzi, ibunyalah orang yang paling penting dalam hidupnya. Untuk 4. Dia membeli makanan yang baik-baik sahaja untuk kucing kesayangannya. 5. Kursus bahasa itu adalah untuk penutur bukan Melayu. 6. Dia membeli hadiah itu untuk ibunya. | Tatabahasa | 20.05.2009 |
| Empana Endin Jul 9th, 5:01am Salam..sy telah menghantar karya ke tunas cipta..dan dibayar honarium sbnyk rm 99.dekat mana ya sy nak tau yg karya sy tu dah diterbitkan atau belum.sebab sy tak terima maklum bls dari penerbit.tq | Salam Sejahtera. Saudara boleh bertanyakan kepada sidang editor majalah Tunas Cipta, khairul@dbp.gov.my dan sitinoorisa@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.07.2015 |
| Salam sejahtera Saya merupakan penuntut di sebuah universiti luar negara. Sepanjang tempoh pengajian, kebanyakan masyarakat tempatan yang saya temui menunjukkkan minat yang kuat terhadap Malaysia dan bahasa pertuturan rakyatnya. Soalan yang sering diajukan adalah : Apakah nama bagi rakyat ( Perancis )* dalam bahasa melayu? *negara Jawapan yang saya beri : orang perancis Soalan saya adakah terdapat kata adjektif untuk setiap rakyat sesuatu negara? Jika ya, mungkin saya cetek ilmu bahasa sendiri. Jika tidak, perlu diwujudkan supaya memudahkan masyarakat. | Encik Mohd Khairul, Memang tidaka ada kata adjektif bagai nama setiap rakayat bagi sesuatu negara. Mungkin Encik keliru dengan panggilan orang putih. Ini gelaran yang diberikan kepada orang Inggeris. | Lain-lain | 02.10.2010 |