Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
komunikasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perhubungan: perantaraan, penyebaran maklumat, penyampaian maklumat, penerbitan, kenyataan,

2. Dalam konteks alat
bersinonim dengan radio, televisyen, telefon, telefaks, surat, akhbar, majalah, komputer, internet, CD ROM,

Kata Terbitan : berkomunikasi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mis communicationSalah komunikasi / komunikasi tak sampaiLain-lain11.06.2007
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Saya ingin mendapatkan kepastian berkaitan terjemahan bagi perkataan Interpersonal Communication. Adakah ianya Komunikasi Antarapersonal atau Komunikasi Antarpersonal atau komunikasi Antara personal. Sekiranya ia adalah nama khas seperti nama jabatan, cth Interpersonal Communication Department maka apakah terjemahan di dalam bahasa melayunya? Terima kasih"Interpersonal Communication Department" boleh diterjamahkan dalam bahasa Melayu sebagai "Jabatan Komunikasi Interpersonal".  Terima kasih.Makna09.01.2018
miss communication-kegagalan komunikasi - salah komunikasiMakna08.06.2007
"online communication" dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai "komunikasi melalui talian" atau "komunikasi dalam talian"? Terima Kasih.Padanan online communication dalam bahasa Melayu ialah komunikasi dalam talian.Istilah04.05.2011
Saya ingin bertanya mobile and wireless communication boleh terjemahankan dalam bahasa melayu bagi term kejuruteraan...

Istilah bahasa Melayu bagi mobile and wireless communication ialah komunikasi mudah alih dan tanpa wayar/wayarles.

Istilah01.10.2010
Chandra Cikgu Sebab apa DBP mahu meminjam dan mengubah perkataan Inggeris ke Bahasa Malaysia. misalnya: 1) Parking: Parkir (Tempat letak kereta) 2) Resolution: Resolusi (cadangan) 3) Application: Aplikasi (kegunaan) 4) Location: Lokasi (kedudukan) 5) Rational: Rasional (wajar/waras) 6) Communication: komunikasi (Perhubungan) 7) Directory: directori (buku panduan) 8) integration: integrasi (Penyatuan) 9) Logic: Logik (bernas) 10) Edition: Edisi (keluaran) yang juga digunakan dalam Kamus Oxford 11) Transformation: Transformasi (perubahan) yang juga digunakan oleh kerajaan Malaysia. Banyak lagi perkataan yang boleh dijadikan sebagai contoh yang akan meranapkan Bahasa Malaysia. Kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada DBP semata-mata, tetapi kerajaan perlu bertindak bagi memperkasakan Bahasa Malaysia. Jika terlampau banyak penerapan Bahasa Inggeris, maka akan terkuburlah nilai-nilai estetika Bahasa Malaysia.Terima kasih Chandra Cikgu (lebih molek atau mengikuti Hukum DM Bahasa Malaysia ialah Cikgu Chandra. Amat molek kiranya kita ambil tahu bagaimana pembentukkan istilah itu dibuat sebelum ia dijadikan istilah. Ada beberapa langkah dilakukan melalui Majlis Bahasa Melayu Brunei Indonesia dan Malaysia (MABBIM), iaitu Ahli Jawatankuasa ini akan bersidang apabila wujud masalah tentang istilah yang tiada dalam bahasa Melayu khususnya apabila berlaku ledakan teknologi maklumat. Majlis ini akan merujuk kepada bahasa dialek, sukuan, bahasa serantau dan sekitar bahasa negara di bawah rumpun Melayu untuk mencari padanan yang tepat. Sekiranya tiada perkataan yang sesuai maka akan dirujuk kepada bahasa yang dekat dan yang paling hampir seperti bahasa asing. Bahasa yang paling dekat ialah bahasa Inggeris. Maka wujud serapan bahasa Inggeris dalam proses pembentukkan istilah seperti yang kita semua maklum. Sungguhpun begitu tidak bermakna kita mengambil semua perkataan dalam bahasa Inggeris. Merujuk kepada contoh perkataan yang diberikan, seharusnya kita harus peka tentang pengaruh bahasa Melayu Indonesia yang memang menggunakan perkataan tersebut. Pakir itu istilah yang diserap melalui kaedah KVKVK. Bahasa Melayu itu telahpun kukuh dengan kata serapan Belanda, Cina, Sanskrit, Arab, Inggeris dan banyak lagi. Pengubalan istilah ini digerakkan oleh negara serantau melalui MABBIM. Ramai yang tidak tahu DBP telah menghasilkan lebih daripada 100,000 istilah daripada pelbagai bidang. Antaranya Kedoktoran termasuk veterina, undang-undang, perfileman, sains dan teknologi, pertanian, ero-angkasa, budaya, kesusasteraan, agama dan banyak lagi di bawah MABBIM. Dicadangkan gunalah http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman. Mengembara laman sesawang ini utk menikmatinya sendiri.Lain-lain20.01.2014
Soalan ini pernah diajukan pada April 2022 dan dinyatakan status soalan tersebut selesai tanpa menyatakan jawapan. Berikut soalan tersebut: Terjemahan paling tepat bagi Rich Communication Services (RCS)? Rich Communication Services (RCS)[1] is a communication protocol between mobile telephone carriers and between phone and carrier, aiming at replacing SMS messages with a text-message system that is richer, provides phonebook polling (for service discovery), and can transmit in-call multimedia.Padanan bahasa Melayu bagi istilah Rich Communication Services (RCS) ialah Perkhidmatan Komunikasi Aneka (RCS). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah09.02.2023
Alih Bahasa yang paling tepat bagi 'Group Brand & Communication'. i) Jenama & Komunikasi Kumpulan; atau ii) Kumpulan Jenama & KomunikasiPada pandangan kami, cadangan tuan yang pertama, iaitu "Jenama dan Komunikasi Kumpulan" boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan04.12.2014
Mohon pencerahan untuk terjemahan "communication strand" Perkataan ini digunakan dalam buku modul aktiviti pembelajaran awal kanak-kanak. Terima kasih.Antara terjemahan yang sesuai untuk "Communication Strand" setelah dikaji melalui hasil pencarian Internet ialah "Rangkaian Komunikasi"Makna16.03.2020
Apakah terjemahan bagi istilah Augmentative Alternative Communication (AAC) dalam Bahasa Malaysia? Istilah ini adalah suatu bentuk peranti dan sistem dengan atau tanpa teknologi untuk menyokong individu yang bermasalah pertuturan.Setelah merujuk kepada Internet, istilah bahasa Inggeris ialah  "Augmentative and Alternative Communication. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Komunikasi Alternatif dan Augmentatif.Istilah07.01.2017
12

Kembali ke atas