Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj binatang reptilia dlm keluarga yg mempunyai kulit yg keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat; jenis-jenis: ~ bukit = ~ duri, Heosemys spinosa; ~ daun, Cyclemys dentata; ~ gergasi, Geochelone gigantea; ~ katup = ~ padi, Cuora ambionensis; ~ paya, Siebenrockeilla crassicolis; 2. = kekura sesuatu yg menyerupai binatang kura-kura; kunci ~ kunci gantung; ~ jendela bingkai jendela; ~ kaki bahagian kaki yg melengkung di antara buku lali dan jari, punggung kaki; ~ tangan bahagian tangan yg kebalikan tapak tangan, punggung tangan; ~ dlm perahu prb perbuatan yg bodoh; ~ pandai kerebat kayu = spt ~ hendak memanjat pohon kayu prb orang yg hendak melaku­kan sesuatu yg mustahil dapat dilakukannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kekura beberapa jenis binatang melata berkaki empat yg kulit belakangnya keras dan dpt hidup di air atau di darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , kekura beberapa jenis binatang melata berkaki empat yg kulit belakangnya keras dan dpt hidup di air atau di darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kura-kura

Puisi
 

Kura-kura mati kutekan,
     Kutekan mari jariku manis;
Pura-pura melagau makan,
     Di dalam hatinya jua menangis.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kayu yang tumbang itu,
     kura-kura pun hendak memanjatnya.

Bermaksud :

Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).

 

Lihat selanjutnya...(19)

41

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai di kejar

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pan

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Anjing berlari pantas tetapi kura-kura merangkak perlahan. berbanding dengan ayat kedua seperti di bawah: 2. Anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura merangkak dengan perlahan. Bolehkah ayat pertama digunakan sebagai ayat yang bagus? Terima kasih.
Ayat yang gramatis ialah anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura bergerak dengan perlahan.
Lain-lain17.01.2018
Salam sejahtera. Adakah biri-biri dan kura-kura dikategorikan sebagai kata ganda yang terdiri daripada kata dasar biri & kura? Terima kasih.Kura-kura, obor-obor dan kunang-kunang ialah kata nama yang terdiri daripada kata ganda seluruh. Tidak ada asal kata bagi kata ganda ini seperti kata ganda yang lain.Tatabahasa24.12.2012
Deretan kereta bergerak ______ kerana keadaan jalan yang sempit akibat kemalangan kereta tersebut. lambat seperti kura-kura. Adakah betul ayat di atas? Terima kasih.Ayat ini betul: Deretan kereta bergerak lambat seperti kura-kura kerana keadaan jalan yang sempit akibat kemalangan kereta tersebut. Tatabahasa28.05.2020
Tuan, sila rujuk ayat di bawah,kata hubung yang sesuai untuk ayat di bawah adalah "dan" atau "atau" atau kedua-duanya.sila beri penjelasan. Terima kasih. 1. Kura-kura boleh berenang di dalam air ______ berjalan di darat. Sekian,terima kasih.1. Kura-kura boleh berenang di dalam air ______ berjalan di darat. Kedua-dua kata hubung  "dan" atau "atau" boleh digunakan. Kata hubung  "atau" ialah kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan. Contohnya "askar atau tentera", "binatang atau haiwan", dan sebagainya. Maksud kedua "atau" ialah "salah satu antara hal". Manakala kata hubung "dan" ialah kata hubung yang menhubungkan dua perkataan (frasa atau ayat).Tatabahasa13.03.2015
adakah betulkah penggunaan kata panggilan untuk buaya-Sang Bedal dan kura-kura-Sang Rangkak?sekiranya salah apakah panggilannya yang betul?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Untuk makluman, DBP tidak mempunyai satu senarai yang khusus tentang nama yang patut diberikan kepada binatang seperti Sang Bedal untuk buaya atau Sang Rangkak untuk kura-kura. Oleh itu, puan boleh memberikan sebarang nama bergantung pada kesesuaian.Lain-lain16.04.2011
Tuan, Adakah kata hubung perlu menggunakan huruf kecil jika digunakan sebagai sebahagian daripada tajuk sesebuah buku atau makalah lain? Contoh: Kisah Si Arnab dengan Kura-kura. Diari Ibu dan Anak Siapa yang Cantik? Terima kasih.Kata dengan serta dan dalam konteks ayat tersebut ialah kata sendi nama dan kata sendi nama yang menjadi sebahagian daripada tajuk ditulis dengan huruf kecil.Ejaan30.12.2013
Selamat pagi tuan, Minta tolong tuan memberi nasihat dan pembetulan ayat-ayat di bawah serta memberi keterangan yang lanjut. 1) Emak saya membeli sebungkus limau yang segar. 2) Adik berenang di kolam yang jernih. 3) Mereka suka memelihara kura-kura untuk mengisi masa lapang. 4) Kakak menolong ibu mengemas pakaian di ruang tamu. 5) Pada Tahun Baru Cina, bapa memberikan kami angpau.1) Emak saya membeli sebungkus limau yang segar. - betul
2) Adik berenang di dalam kolam yang jernih.
3) Mereka suka memelihara kura-kura untuk mengisi masa lapang. - betul 
4) Kakak menolong ibu mengemas pakaian di ruang tamu. - betul 
5) Pada Tahun Baru Cina, bapa memberikan kami angpau. - betul
Tatabahasa25.02.2012
apakah maksud Sang Rangkak?kura-kurakah atau buaya?dan apa maksud pula Sang Bedal?sekian dan terima kasih.Sang Rangkak merujuk kura-kura, manakala Sang Bedal merujuk buaya.Makna22.04.2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, NURUL FAREHAH JAAMAD 900521045508 Judul Manuskrip : Novel : 1.DUNIA AZIM. Buku Cerita Kanak-kanak : 2.PERSAHABATAN ANTARA SANG GAJAH, SANG KANCIL DAN SANG SEMUT. 3.KURA-KURA YANG RAJIN. 4.MARI DNEGAR CERITA KAKAK NURUL. Saya yang bernama di atas ingin bertanya, adakah pihak DBP menerima manuskrip saya? Saya inginkan jawapan yang jelas daripada pihak DBP. Bulan kelmarin pihak DBP ada menelefon saya menyatakan bahawa manuskrip saya akan di nilai dan diberi jawapan pada minggu hadapan. Tetapi tiada sebarang jawapan. Juga akan menghantar surat penerimaan manuskrip kepada saya tetapi tiada. Saya cuma ingin tahu sama ada manuskrip saya di terima atau tidak. Sekiranya tidak, saya mahu cuba memperbaiki manuskrip itu. Bolehkah pihak DBP memberikan saya jawapan yang pasti kepada saya? Boleh hubungi saya di 017-6665803 atau 06-2680260Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya telah menghubungi Puan Azihani di Bahagian Penerbitan Buku Kanak-kanak dan Remaja. Beliau memaklumkan bahawa manuskrip bertajuk Dunia Azim dan Persahabatan Antara Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut tidak sesuai untuk diterbitkan dan telah dipulangkan kepada saudari melalui pos. Sementara dua buah manuskrip lagi malangnya tidak ditemui semasa proses perpindahan ke tingkat 19. Namun, pihak beliau masih berusaha untuk mencarinya. Kami memohon jutaan kemaafan atas kejadian ini dan mencadangkan supaya saudari menghantarkan salinan manusikrip tersebut sekali lagi. Mohon maaf sekali lagi.Lain-lain28.09.2010
Berikut adalah alamat dan judul yang diinginkan. Saya telah menghantarnya pada 16 Jun 2010. Harap dapat bantu saya. Pertama : 1. Kepada siapa manuskrip tersebut dialamatkan : Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Kanak-kanak : 1. Kura-kura Yang Rajin. 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut. Novel Kanak-kanak : 1. Dunia Azim. Kedua: 1. Kepada siapa manuskrip itu dialamatkan : Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pnegembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul (Siri 1, Siri 2 , Siri 3, Siri 4)

Terima kasih. Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Lain-lain04.08.2010
12

Kembali ke atas