Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Lautan Pasifik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dan kecil dalam nama khas. Contoh: a)lautan Pasifik atau Lautan Pasifik b)pantai Sendai atau Pantai Sendai c)loji kuasa nuklear Higashidori atau Loji Kuasa Nuklear Higashidori d)pantai utara Jepun atau Pantai Utara Jepun Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah: a) Lautan Pasifik   b) Pantai Sendai   c) loji kuasa nuklear Higashidori   d) pantai utara Jepun.Tatabahasa06.12.2011
Boleh saya tahu dalam kamus Dewan Bahasa, kenapa disebut sebagai Lautan Pasifik tetapi bukannya Samudera Pasifik?

Untuk makluman, “Lautan Pasifik” telah diterima secara meluas dalam semua penamaan tempat dan pemetaan geografi serta digunakan sebagai nama khas bagi menggantikan istilah bahasa Inggeris, iaitu Pacific Ocean. Nama ini telah mantap penggunaannya. Istilah “Samudra Pasifik” hanya digunakan di Indonesia. Perkataan “Samudera” lebih kerap digunakan dalam karya sastera dan laras bahasa klasik sebagai satu bentuk pilihan padanan kata yang lebih indah. 

Istilah20.04.2020
Soalan berdasarkan dokumen
Ayat yang betul ialah:

Ketam merah ialah spesies ketam yang hidup di kawasan terumbu di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Tatabahasa22.03.2025
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara Asia Pasifik dan Asia-Pasifik? Dan saya menemukan beberapa kesalahan seperti berikut: 1) Dalam bahagian pendaftaran bagi Pengesahan Bahasa, Johor Bahru telah salah dieja kepada "Johor Bharu" 2) Sila rujuk kepada lampiran fail yang menunjukkan kesalahan. Terima kasih.Asia-Pasifik dan Asia Pasifik merujuk kepada bahagian dunia yang berhampiran Lautan Pasifik.
Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disampaikan. Untuk makluman tuan data yang dipaparkan dalam Pengesahan Bahasa merupakan data daripada permohonan  iklan pelanggan yang belum dibetulkan oleh petugas.
Ejaan22.01.2018

Kembali ke atas