| Apakah bentuk yang baku pula antara "tampak" dengan "nampak"? Dalam maya, ada orang mendakwa bentuk baku "tampak" kerana “tampak” lebih padan dengan lidah orang Indonesia. Saya berpendapat bahawa "tampak" baku bukan kerana kelumrahan pengucapan orang Indonesia, tetapi mungkin apabila menerima awalan me-, t menjadi n, iaitu "menampakkan", jadi kata dasar pastinya "tampak". Tetapi, saya tidak membuang kemungkinan bahawa "menampakkan" juga dapat berasal daripada "nampak" kerana huruf awal n juga ditambah dengan awalan me- dan kekal bentuknya, seperti nyala + me- ---> menyala (huruf n kekal); nanti + me- ---> menanti (jadi asal "menanti" tidak mungkin "tanti" kerana memang huruf asal n "menanti" huruf n juga, iaitu n pada "nanti"). Oleh itu, kedua-dua bentuk "tampak" dan "nampak" juga jitulah? Ataupun, ada orang salah memahami bahawa asal "menampakkan" "nampak" tanpa mengembalikan huruf awal n "menampakkan" kepada t yang usul pada "tampak", jadi hendaknya kata dasar "menampakkan" berupa "tampak"? | Dalam bahasa Melayu, penggunaan perkataan sama ada pinta atau minta, pikir atau fikir, tampak atau nampak merupakan satu variasi dan menunjukkan keunikan bahasa Melayu. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat. Sesungguhnya kita tidak boleh menghukum mengatakan bahawa sesuatu ejaan tersebut salah kerana sifat bahasa yang unik bagi konteks penggunaan p atau m. Pihak kami hanya menjawab berdasarkan data rujukan kami, iaitu buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan serta bahan rujukan terbitan DBP. Bagi merungkai permasalahan yang lebih lanjut, puan/tuan bolehlah merujuk yang lebih arif tentang kajian atau pendapat puan/tuan. | Tatabahasa | 19.12.2016 |
| Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Mohon pencerahan pihak tuan/puan tentang pencerakinan suku kata. Contoh perkataan seperti berikut: 1) beliau > be/li/au atau be/liau 2) berdoa > ber/do/a atau ber/doa 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan atau me/nga/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um atau kaum 5) perempuan > pe/rem/puan atau pe/rem/pu/an 6) Bolehkan diterangkan secara terperinci pencerakinan suku kata jika terdapat huruf diftong. Contoh perkataan "haiwan" dan "tauladan" Terima kasih. | 1) beliau > be/li/au 2) berdoa > ber/do/a 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um 5) perempuan > pe/rem/puan 6) Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai,au dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut. haiwan > h/ai/wan tauladan > t/au/la/dan | Tatabahasa | 22.10.2019 |