Saya ingin tahu tentang: 1. Perbezaan perkataan a. mengandung denagan mengandungi b. boleh dengan dapat c. banyak dengan ramai 2. Sama ada betul atau salah frasa a. ....sehingga kepada anak cucu b.......sehingga ke malam c....sehingga anak cucu d. .....sehingga malam. Terima kasih | Lt'">Encik Ishak, Lt'">Jawapan soalan tuan adalah seperti yang berikut: Lt'">1 (a). Untuk makluman tuan, kata Lt'">mengandung dan Lt'">mengandungi mempunyai perbezaan makna dan fungsi. Kata Lt'">mengandung membawa maksud, iaitu hamil. Contohnya, Halimah sudah Lt'">mengandung kira-kira dua bulan. Manakala Lt'">mengandungi membawa maksud berisi, memuat, atau membawa sesuatu dalam bekas dan sebagainya. Contohnya; Dokumen yang dibawa oleh Ali itu Lt'">mengandungi maklumat yang rahsia. Lt'">1 (b) Kata Lt'">boleh dan Lt'">dapat merupakan golongan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kata bantu ini mempunyai makna dan tugas yang berbeza. Kata dapat membawa maksud kemampuan atau keupayaan apabila kata dapat digunakan sebelum kata kerja, seperti dapat datang, dapat berlari dan dapat menendang. Oleh itu, kata dapat bermaksud perbuatan tertentu dan berupaya dilakukan atau berjaya dilaksanakan. Manakala boleh membawa maksud keizinan digunakan sebelum kata kerja, seperti boleh dimakan, boleh dipegang, boleh dibawa. Hal ini bermakna, dapat ialah kemampuan melakukan sesuatu, manakala boleh ialah diizinkan melakukan sesuatu. Lt'">1 (c) Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala Lt'">banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Lt'"> Lt'">2. C. sehingga anak cucu Lt'"> D. sehingga malam | Tatabahasa | 13.05.2009 |
Assalam, Saya keliru samada perkataan 'bin' iatu bagi maksud berbapakan, adakah huruf pangkal iaitu 'b' huruf kecil/besar? cth: Lt. Kol Ahmad Bin Abdullah Lt. Kol Ahmad bin Abdullah Terima kasih. | Ejaan untuk 'bin' ialah huruf kecil. Ejaan untuk nama yang dikemukakan ialah Lt. Kol Ahmad bin Abdullah. | Ejaan | 02.11.2011 |
apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas? | Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky. | Tatabahasa | 09.08.2010 |