Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut: 1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi 12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari 2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang 7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam 12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam Merujuk kepada pemenggalan di atas, '12.00 am - 12.59 am' bolehkah juga digunakan awal pagi atau pagi? | Pemenggalan waktu: i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59 iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59 Untuk makluman tuan, pemenggalan waktu ini telah mantap dan tidak ada perubahan tentang istilah yang digunakan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
'200m' atau '200 m'? (m = meter) | Ejaan yang betul ialah 200 m. | Ejaan | 24.04.2015 |
Assalamu'alaikum... Menurut rujukan PRPM, penggunaan istilah masa adalah seperti berikut: Pagi: 1.00 a.m.-11.59 a.m. Tengah hari: 12.00 p.m. – 1.59 p.m. Petang: 2.00 p.m. – 6.59 p.m. Malam: 7.00 p.m. – 11.59 p.m. Tengah malam: 12.00 a.m. – 12.59 a.m. Oleh itu, saya ingin mendapatkan kepastian, adakah istilah pukul 1.00 petang itu tidak wujud sebagaimana yang sering dipertuturkan oleh orang awam? Bagaimana pula dalam penulisan terutamanya karangan pelajar? Adakah dibenarkan atau perlu diperbetulkan? Terima, kasih. | Salam sejahtera, Pemenggalan masa yang betul ialah, 1.00 tengah hari. Perlu dibetulkan dalam penulisan karangan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.05.2019 |
Bagaimana penggunaan pangkat seperti D.I.M.P., A.M.N.,S.I.S,A.M.S adakah diletakkan sebaris bersama nama, seperti:- DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S ATAU diletakkan di bawah baris nama DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S | Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya ingin diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung ( ) serta disusun mengikut urutan darjah tertinggi. Namun, hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. | Lain-lain | 21.01.2020 |
M.Affendy M.Sudin Assalamualaikum... sy cikgu SK Ayer Jerneh, Kemaman, Terengganu.. ingin memohon pihak DBP untuk perbanyakkan bahan grafik peka bahasa. Untuk makluman, saya menggunakan bahan grafik peka bahasa sebagai maklumat tambahan untuk murid-murid di sekolah. Ini kerana banyak maklumat yg cukup berguna dengan bahan grafik.. saya turut mewujudkan sudut peka bahasa di sekolah.. Diharap pihak DBP dapat mempelbagaikan lagi maklumat peka bahasa.. Jutaaan terima kasih diucapkan atas kerjasama | Pihak kami maklum dengan cadangan tersebut dan akan dikemukakan pada pihak yang berkaitan. | Lain-lain | 25.01.2017 |
pagi adalah dari 00.01-11.59 tengah hari adalah dari 12.00-1.59 ? petang dan malam pula macam mana? terima kasih | Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut: 1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi 12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari 2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang 7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam 12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam | Lain-lain | 12.11.2015 |
Bagaimanakah cara yang betul bagi menulis tahun Islam? a. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (m. 117H) b. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (m.117H) C. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (M. 117 H) d. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (M.117H) Adakah m. itu adalah Masihi? | Untuk makluman tuan, maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Dewan, M merupakan kependekan kepada perkataan Masihi. Berdasarkan rujukan kami, tahun Islam ditulis seperti 1434H. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
Bagaimanakah kita hendak menentukan perbezaan penggunaan tengah hari dengan petang, dan petang dengan malam? Contoh : 1 tengah hari atau 1 petang? 7 petang atau 7 malam? | Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut: 1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi 12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari 2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang 7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam 12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam | Tatabahasa | 28.04.2010 |
1. Bagaimanakah cara penulisan p.m. (after meridiem) dalam BM? 2. Sekiranya p.m. ditulis pada akhir ayat, perlukah kita membubuh noktah lagi? Contoh: Mereka akan bertolak pada 7.30 p.m..? Sekian. | Untuk pengetahuan tuan, tiada penggunaan "a.m." atau "p.m." dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menggunakan perkataan: tengah malam/tgh. mlm. untuk pukul 12.00 -12.59 tgh. mlm. pagi/pg. untuk pukul 1 -11.59 pg. tengah hari/tgh. untuk pukul 12.00 -1.59 tgh. petang/ptg. untuk pukul 2.00 -6.59 ptg. malam/ mlm. untuk pukul 7.00 -11.59 mlm. | Lain-lain | 07.03.2019 |
M Hafiz Ostmann THURS 07:34 M Hafiz Ostmann M Hafiz BAHASA JIWA BANGSA - Banyak sekali aku perhatikan orang yang mengaku rakyat Malaysia,lahir di Malaysia,memegang pasport Malaysia tapi langsung tak reti dan tak mahu langsung menggunakan bahasa kebangsaan.Mereka lebih suka berbicara dalam bahasa Inggeris atau bahasa kelompok mereka sendiri.Lidah mereka seakan mengalami alahan teruk sekiranya menggunakan bahasa kebangsaan.Bila nak belajar di Jerman bukan main lagi bersungguh belajar bahasa Jerman.Tetapi takkah mereka sedar bahawa mereka langsung tak mahu dan tak tahu bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan sedangkan mereka lahir,membesar dan cari makan di Malaysia?Malaysia ni bagi mereka apa agaknya?Jika beginilah sikap mereka maka ertinya sampai bila-bila pun takkan ada penyatuan. Bahasa ialah elemen perpaduan negara.Bahkan ia juga merupakan identiti kepada sesebuah negara.Namun jika fungsi bahasa itu sendiri sudah dikembirikan maka usah dimimpikan sebuah negara bangsa yang utuh.Dewasa kini boleh aku katakan pekerja asing dari Bangladesh,Nepal dan Myanmar mislalnya lebih berusaha untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan berbanding mereka yang memegang pasport Malaysia namun taksub kepada kelompok sesama mereka sendiri.Di mana bumi dipijak.Di situ langit di junjung.Kalau nak menurut biar berakal.Kalau nak mengikut biar pintar. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Sewajarnya semua warganegara Malaysia mengamati dan menghormati Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan menterjemahkannya dalam kehidupan bernegara di bumi bertuah ini. | Lain-lain | 29.09.2016 |