1.tapak tangan dlm rungus 2.Upacara memindahkan tulang dari keranda atau tajau untuk dikebumikan dlm lundayeh | Soalan yang diberi tidak difahami. Sila kemukakan semula soalan dengan lebih jelas. | Lain-lain | 06.11.2020 |
POROGUE | MEMPROROG - PERBUATAN MENGHENTIKAN SESUATU PENGGAL PARLIMEN BAGI MEMINDAHKAN PENGGAL TERSEBUT DENGAN PENGGAL YANG BERIKUTNYA. | Istilah | 27.01.2011 |
adakah perkataan pengosongan dan pengungsian adalah sama, tolong jelaskan | Pengungsian ialah perihal memindahkan ke tempat yang lebih selamat, manakala pengosongan ialah perihal atau perbuatan mengosongkan sesuatu. | Makna | 21.09.2007 |
Apa itu konsep menulis dan komponen-kompenan nya? Terima kasih | Menulis ialah proses melahirkan/memindahkan idea/pemikiran seseorang ke atas kertas atau sebarang bahan dalam bentuk tulisan. Komponen penulisan perlu menjawab persoalan asas iaitu- apa, siapa, di mana, bila, bagaimana (what, who, where, when, how - 4W 1H). | Lain-lain | 14.02.2009 |
Assalamualaikum. Mohon semak: PEMBERITAHUAN SILA LETAK KERETA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TERHADAP KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN SEBARANG KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM Terima kasih. | Waalaikummussalam.. PEMBERITAHUAN: SILA LETAK KENDERAAN ANDA SECARA MENGUNDUR. PIHAK PENGURUSAN ILIM TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN KENDERAAN YANG DILETAKKAN DI KAWASAN INI. PENGURUSAN ILIM BERHAK MEMINDAHKAN MANA-MANA KENDERAAN SEKIRANYA PERLU TANPA SEBARANG NOTIS DAN KEROSAKAN YANG BERLAKU SEMASA PEMINDAHAN TIDAK AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENGURUSAN ILIM. YANG BENAR PIHAK PENGURUSAN ILIM. | Tatabahasa | 07.12.2012 |
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih | Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
Apakah padanan perkataan dalam Bahasa Melayu untuk istilah "charging port", iaitu port di peranti seperti telefon bimbit pintar di mana kita memasukkan wayar USB untuk mengecas atau memindahkan fail? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah charging port ialah port mengecas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 31.10.2022 |
Adakah penggunakaan kata menyalin dalam ayat di bawah betul? Ibu menyalin kuih yang dihantar oleh Puan Ratna ke dalam piring. | Betul kerana perkataan "menyalin" ialah mengubah bekas atau memindahkan ke bekas lain. | Tatabahasa | 08.09.2015 |
tuan, beberapa orang pemuda telah membantu mengetepikan kereta. atau beberapa orang pemuda telah membantu menepikan kereta TQ | Beberapa orang pemuda telah membantu mengetepikan kereta. Mengetepikan bermaksud memindahkan ke tepi. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
1. Bila perlu guna perkataan penukaran dan pertukaran 2. Ejaan pengwujudan yang betul | 1. Penggunaan setiap kata perlu bersesuaian dengan maksudnya; penukaran merujuk perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dan lain-lain), contohnya: diadakan penukaran tandatangan sebagai cenderamata; manakala pertukaran merujuk perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, bertukar-tukar pendapat dan sebagainya, contohnya: sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki pertukaran dari satu jenis ke satu jenis yang lain. 2. Ejaan yang betul ialah pewujudan. | Tatabahasa | 14.01.2011 |