| Bila boleh menggunakan perkataan bermenantu dan bermenantukan? | Bermenantu dan bermenantukan mempunyai makna yg berbeza. Bermenantu ialah mempunyai menantu. Contoh penggunaan dalam ayat: Tidak lama lagi dia akan bermenantu pula. Manakala bermenantukan bermaksud mempunyai seseorang sbg menantu, mengambil akan menantu. Contoh penggunaan dalam ayat, Kalau kita bermenantukan anak orang senang, banyak olahnya dan cerewetnya. T.kasih. | Tatabahasa | 06.09.2008 |
| Mak Jah sedang menawar-nawar gadis idaman anaknya untuk dijadikan menantu. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN DALAM AYAT INI, HARAPLAH MUNSYI BERIKAN NASIHAT. TK | Perkataan menawar-nawar tidak tepat dari segi semantik dalam ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
| Apakah perbezaan antara maksud kata calon dengan bakal???? bagaimanakah cara untuk membezakannya?????? | Kaedah paling mudah untuk membezakannya adalah dengan merujuk makna kedua-dua perkataan tersebut dalam Kamus Dewan,DBP. “Calon” (1) orang yang akan, atau dicadangkan untuk, menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan (seperti bakal pegawai) calon guru orang yg sedang dididik untuk menjadi guru; calon menantu bakal menantu; (2) orang yang dicadangkan supaya dipilih menjadi wakil rakyat (ketua, pengerusi contoh ayat: semua calon walau apa keturunan sekalipun, akan diberi layanan yang sama dalam pilihan raya Persekutuan; makna (3) orang yg akan mengambil peperiksaan atau ujian contohnya calon UPSR. Bakal mempunyai hanya dua makna (1). seseorang yg akan menjadi atau dijadikan (isteri, suami, presiden, ketua, calon: bakal suami; 2. akan, hendak: seminar yang bakal diadakan di DBP. Jelas, perkataan “calon” dan “bakal” hanya sinonim dalam makna (1). Seperkara lagi, “calon” mesti manusia tetapi “bakal” ada maksud akan, hendak (makna kedua untuk “bakal”. Konteks ayat akan membezakan makna dengan jelas. | Makna | 13.02.2014 |
Apakah maksud kata adjektif hauk dalam ayat "Undang-undang SIRIM dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran "? Ayat dan perkataan ini digunakan oleh Jovian Mandagie, seorang pereka fesyen dan menantu Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob pada 7 April 2022 dalam satu Siaran di Instagram. Adakah hauk ini dianggap sebagai slanga? | Untuk makluman tidak terdapat perkataan "hauk" dalam bahasa Melayu. Perkataan ini digunakan dalam bahasa percakapan yang tidak rasmi. Cadangan penggunaan bahasa yang betul untuk menggantikan perkataan "hauk" ialah "tidak berkualiti". | Lain-lain | 09.04.2022 |
| 1. Adakah perkataan besan boleh digunakan untuk merujuk kepada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan daripada perspektif seorang datuk/nenek? contohnya dalam situasi di mana seorang datuk memperkenalkan ibu bapa kepada isteri cucunya. 2. Apakah istilah terjemahan bagi granddaughter/grandson-in-law? Menantu cucu? | Maksud besan ialah hubungan yang terjalin antara ibu bapa mentua dengan ibu bapa sendiri. Terjemahan perkataan granddaughter-in-law ialah isteri cucu lelaki manakala terjemahan perkataan grandson-in-law ialah suami cucu perempuan. | Makna | 25.12.2018 |
| Apakah yang dimaksudkan dengan istilah "Berkongsi besan" ? | Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat amksdu besan ialah 1. hubungan yg terjalin antara ibu bapa mentua dgn ibu bapa sendiri; 2. ibu bapa kpd menantu. Jika merujuk kepada berkongsi besan ialah seseorang yang mempuanyai hubung kait dengan ibu bapa anda atau ibu bapa mentua anda. | Makna | 30.05.2018 |
| Hai minta betulkan ayat di bawah : 1) Ali telah membentuk dirinya untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. 2) Rasulullah memartabatkan wanita di tempat yang tinggi kerana ia mulia di sisi Allah. 3) Ani telah menguasai syarikat itu setelah ayahnya sudah meninggal. 4) Ali merupakan seorang yang tegas dalam kebersihan. 5) Menantu perempuan Eli juga mati semasa melahirkan anak. 6) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 7) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di Parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 8) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 9) Allah yang menguasai segalanya. 10) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 11) Kanak-kanak perlu menguasai ilmu fardhu ain dari sejak kecil lagi. 12) Darah melambangkan nyawa. | Pihak DBP hanya memberikan khidmat nasihat bahasa kepada orang awam. Untuk soalan seperti di atas, sila betulkan dahulu ayat tersebut dan kemudian boleh dihantar kepada pihak DBP untuk penyemakan bagi jawapan/ayat yang betul. | Lain-lain | 13.07.2022 |
| DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN | Antara contoh pantun: Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan. Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu. Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. | Lain-lain | 19.02.2010 |
| apakah perbezaan antara“mengajak”dengan “menjemput” “sofian menjemput Ali pergi ke perpustakaan ”ayat ini betul tak?ribuan terima kasih | Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. Menjemput pula menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn mengambil seseorang utk dijadikan menantu: Dari segi makna, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. | Makna | 14.06.2016 |