| Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Abang memang (mentah) dalam pelajarannya. (b) Kami (rendah) kawasan semak itu untuk mendaki Bukit Jong. (c) Pak Leman sedang (tajam) mata sabit itu. (d) Usahlah kamu (tajam) akan peristiwa sedih itu lagi. (e) Dia masih (keras) tidak mahu bertolak ansur dengan kawannya. (f) Oleh sebab badannya terlampau (lurus), dia enggan bergaul dengan orang. (g) Wajah budak perempuan itu sangat (tawar). (h) (Tawar) kerja di kilang kasut itu diterima oleh mereka. (i) Nasi lemak Mak Limah begitu (jalan) dijual. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |