| Selamat Pagi, Boleh saya dapatkan maklumat di mana saya boleh dapatkan bagi senarai "Malay Stop Words". "Malay Stop Words" adalah perkataan dalam bahasa Melayu yang selalu digunakan dalam perbualan harian. Terima Kasih. Syuhairah | DBP tidak menyediakan satu senarai khas untuk perkataan bahasa Melayu yang selalu digunakan dalam perbualan harian. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan perkataan bahasa Melayu. | Lain-lain | 23.02.2017 |
| Assalamualaikum, Saya memohon jasa baik pihak Tuan agar dapat menyemak soal selidik yang saya sertakan. Borang soal selidik ini in shaa Allah akan digunakan oleh pelajar, penyelidik dll secara meluas di Malaysia. Saya letakkan perkataan Malay di hujung nama soal selidik iaitu: Ten-Item Personality Inventory-Malay (TIPI-Malay) Mohon panduan dan cadangan daripada pihak Tuan. Terima kasih. Prof. Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari 016-5202070 | Untuk makluman YBhg. Prof., DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.06.2021 |
| Assalamualaikum, Saya memohon jasa baik pihak Tuan agar dapat menyemak soal selidik yang saya sertakan. Borang soal selidik ini in shaa Allah akan digunakan oleh pelajar, penyelidik dll secara meluas di Malaysia. Saya letakkan perkataan Malay di hujung nama soal selidik iaitu: Ten-Item Personality Inventory-Malay (TIPI-Malay) Mohon panduan dan cadangan daripada pihak Tuan. Terima kasih. Prof. Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari 016-5202070 | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 25.06.2021 |
| Adakah 'Malay (language)' sepatutnya ditulis ke 'Bahasa Malaysia' atau 'Bahasa Melayu'? | Saudara Kwan, Perkataan " Malay language" diterjemahkan sebagai bahasa Melayu. | Tatabahasa | 26.01.2010 |
| Salam sejahtera, apakah padanan bahasa Inggeris yang sesuai bagi kata "Nusantara"? Adakah "Malay archipelago"? Sekian, terima kasih. | Perkataan Malay archipelago boleh digunakan bagi padanan bahasa Inggeris kepulauan Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.08.2020 |
| Salam sejahtera, Maaf. Saya sudah membetulkan soalan saya. Sila tolong satu kali lagi. Bolehkah anda menasihati saya, dalam kamus2 Malay-Inggeris di pasaran, yang mana satu mempunyai paling banyak volcabularies. Pilihan kedua saya ialah kamus Malay-Cina. Sila berikan ISBN juga. Saya sedang mencari kamus supaya saya boleh mengetahui lebih banyak perkataan Melayu semasa menonton TV. Saya sedang mengguna kamus Malay-English-Cina dari Penerbit Fajar Bakti S/B, tetapi tidak mencukupi. Terima kasih. Yeo | Salah satu pilhan yang ada ialah Kamus Melayu Inggeris Dewan yang ada dijual di Kedai Buku DBP dan kedai-kedai buku lain. Berdasarkan semakan kami belum ada lagi kamus lengkap Melayu - Cina, kecuali Kamus Ringkas Bahasa Malaysia - Bahasa Cina yang diterbitkan Penerbitan Seni Hijau, 1996 dan Kamus Tiga Bahasa Federal: Bahasa Malaysia -Cina - Inggeris, terbitan Ferderal Publications Sd. Bhd., 1987. Walau bagaimanapun kamus ini agak sukar untuk diperoleh di pasaran. | Lain-lain | 31.05.2016 |
| Dear Sir/Madam, May I know is DBP having service to check the Malay text translated from English text? If yes, can you assist to check if the Malay translation in attach Word file is correct or not? | Untuk makluman, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, tetapi menyemak ayat yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Bersama-sama ini dilampirkan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk teks yang dinyatakan. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
| Makna | 01.07.2024 |
| Apakah terjemahahan yang paling tepat bagi "cradle of Malay culture"? | Kami mencadangkan padanan terjemahan “Pemulaan Tamadun Melayu” untuk “cradle of Malay culture" Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2023 |
| Dear Sir/Madam, Referring to my question on 1 July 2024, I have received your feedback on 4 July 2024. From your feedback, it seems like there should be attachment come together with your feedback. However, I could not find the attachment. I re-attach herewith our Word file, can you check whether the Malay text (Malay translation) is grammatically correct or not? | Mohon lampirkan semula lampiran kerana tidak dapat dibuka dan sila gunakan bahasa Melayu bagi setiap pertanyaan dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat membantu menyelesaikan permasalahan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.07.2024 |
| Dear Sir/Madam, I am Kelvin Tan. I am final year student of Faculty of Computer Science and Information Technology in University of Malaya. Currently, I am doing my thesis with title "Malay Sentence Boundary Detection System". The function of this proposed system is to break a Malay text into sentences based on period, question mark, and exclamation mark. The motivation of this system is to support language translation, such as Malay to French, so that the result will be more accurate. I have questions about quotes used in the following text. As far as I know, it is compulsory to have an opened quote followed by a closed quotes. But why there is only one open quotes in the following sentences? How do you divide or break this text into sentences? ==================================== “Penyertaan kami pada Piala Dunia adalah pengalaman yang unik. Kami berada di sini untuk menikmati kehadiran kami, semua pemain sangat bersemangat. “Jika kami mahu mencatat keputusan yang baik, kami mesti memberi usaha dan tumpuan 100 peratus,’’ kata jurulatih kelahiran Jerman berusia 72 tahun itu, yang telah membawa Greece muncul juara Eropah pada 2004. =================================== Thank you for your time and cooperation. Yours Sincerely, Kelvin Tan Student Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya | Penggunaan tanda petik pembuka dan penutup hanya di awal dan di akhir pernyaataan. Contoh : "Bila sampai?" tanya Hussin. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (halaman 77) atau buku-buku rujukan lain yang menerangkan berkenaan tanda baca. | Lain-lain | 15.06.2010 |