M Hafiz Ostmann THURS 07:34 M Hafiz Ostmann M Hafiz BAHASA JIWA BANGSA - Banyak sekali aku perhatikan orang yang mengaku rakyat Malaysia,lahir di Malaysia,memegang pasport Malaysia tapi langsung tak reti dan tak mahu langsung menggunakan bahasa kebangsaan.Mereka lebih suka berbicara dalam bahasa Inggeris atau bahasa kelompok mereka sendiri.Lidah mereka seakan mengalami alahan teruk sekiranya menggunakan bahasa kebangsaan.Bila nak belajar di Jerman bukan main lagi bersungguh belajar bahasa Jerman.Tetapi takkah mereka sedar bahawa mereka langsung tak mahu dan tak tahu bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan sedangkan mereka lahir,membesar dan cari makan di Malaysia?Malaysia ni bagi mereka apa agaknya?Jika beginilah sikap mereka maka ertinya sampai bila-bila pun takkan ada penyatuan. Bahasa ialah elemen perpaduan negara.Bahkan ia juga merupakan identiti kepada sesebuah negara.Namun jika fungsi bahasa itu sendiri sudah dikembirikan maka usah dimimpikan sebuah negara bangsa yang utuh.Dewasa kini boleh aku katakan pekerja asing dari Bangladesh,Nepal dan Myanmar mislalnya lebih berusaha untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan berbanding mereka yang memegang pasport Malaysia namun taksub kepada kelompok sesama mereka sendiri.Di mana bumi dipijak.Di situ langit di junjung.Kalau nak menurut biar berakal.Kalau nak mengikut biar pintar. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Sewajarnya semua warganegara Malaysia mengamati dan menghormati Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan menterjemahkannya dalam kehidupan bernegara di bumi bertuah ini. | Lain-lain | 29.09.2016 |
Menteri pelajaran malaysia atau menteri pendidikan malaysia | Menteri Pendidikan Malaysia | Lain-lain | 12.03.2015 |
Mana satukah yang betul? - Hari Malaysia - hari Malaysia - Hari Raya Aidilfitri - hari Raya Aidilfitri | Ejaan yang betul ialah "Hari Malaysia" dan "Hari Raya Aidilfitri". | Penyelidikan | 10.12.2015 |
Pertanyaan tentang ayat dasar FN + FN Ayat yang manakah ayat yang paling tepat? - Nama bendera Malaysia Jalur Gemilang. - Jalur Gemilang nama bendera Malaysia. - Bendera Malaysia Jalur Gemilang. - Jalur Gemilang bendera Malaysia. Terima kasih. | Semua contoh ayat yang diberikan betul dan menepati pola FN + FN. | Tatabahasa | 27.07.2015 |
Tuan, adakah ayat -ayat di bawah ini betul? 1. Nama lagu kebangsaan Malaysia Negaraku. 2. Nama lagu kebangsaan Malaysia ialah Negaraku. 3. Nama lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. | 1. Nama lagu kebangsaan Malaysia Negaraku. 2. Nama lagu kebangsaan Malaysia ialah Negaraku. 3. Nama lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Ketiga-tiga ayat ini betul. | Tatabahasa | 18.07.2016 |
1. Tuan, dalam konteks Malaysia, adakah singkatan "Ir." bagi Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) dan lulusan universiti tempatan atau United Kingdom merujuk kepada gelaran "Insinyur" atau "Ingenieur"? Di Eropah, singkatan "Ir." adalah untuk gelaran "Ingenieur". Bukankah istilah "Insinyur" berasal dari Bahasa Indonesia dan bermaksud sarjana keteknikan lulusan negara tersebut? 2. Seperkara lagi, apakah sebutan yang betul untuk singkatan "Ir."? Apakah ianya disebut dengan nama penuh "Ingenieur/Insinyur" atau I R (disebut dengan dua huruf ini sahaja) kerana dalam sesetengah majlis rasmi ada pengacara majlis menyebutnya dengan sebutan I R sahaja. Dalam masa yang sama, singkatan "Dr." tidak pula disebut D R tetapi dengan nama penuh "Doktor". | Dalam Kamus Dewan, ejaan "Ir" dilabelkan sebagai bahasa Indonesia dan kependekan bagi Insinyur. Sedikit maklumat yang kami peroleh, mengikut amalan di negara kita gelaran "Ir" d iberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional. Gelaran tersebut disebut mengikut ejaan huruf yang diwakili, iaitu Ir (I.R) sama seperti Ar (A.R) bagi Arkitek, berbeza dengan amalan di negara jiran kita yang menyebut dengan ejaan penuh Insiyur. Untuk amklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Jurutera Malaysia, pihak yang berwenang dalam hal berkenaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.10.2015 |
Adakah ayat di bawah betul binaan? 1. Kesan letak Malaysia di tengah Selat Melaka bahawa Malaysia menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan. Ayat (1) ayat majmuk pancangan komplemen songsang yang berasal daripada ayat berikut: 2. Bahawa Malaysia menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan (ialah) kesan letak Malaysia di tengah Selat Melaka. Ayat ke-2 dapat dibahagikan kepada dua ayat tunggal: 2. (a) Sesuatu (ialah) kesan letak Malaysia di tengah Selat Melaka. (Ayat induk) (b) Malaysia menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan. (Ayat kecil komplemen) Soal saya bahawa adakah ayat (1) berbinaan tepat? | Binaan ayat ini kurang tepat, ayat yang gramatis ialah "kedudukan Malaysia di perairan Selat Melaka menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan". | Tatabahasa | 18.09.2015 |
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa? | Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian. Contoh: 1. RM1 juta 2. RM1 000 000.00 | Ejaan | 11.03.2020 |
Perpustakaan Negara Malaysia adalah perpustakaan rasmi bagi negara Malaysia. Betulkah ayat ini dan penggunaan kata pemeri "adalah"? | Ayat yang betul ialah Perpustakaan Negara Malaysia ialah perpustakaan rasmi bagi negara Malaysia. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 263-265. | Tatabahasa | 19.09.2014 |
MALAYSIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA EKAMUS.DBP.GOV.MY - RINGKASAN CADANGAN PERKATAAN BARU / SARAN KATA 9 APRIL 2014 - 6 OGOS 2018 (Pencadang : Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com) Mesej : Sila rujuk Lampiran Fail 180813USAMALAYSIANEWWORDS.txt. Sekian, terima kasih. | Perbincangan lanjut berkaitan Cadangan Perkataan Baharu/Saran Kata boleh disalurkan kepada Puan Salmah Jabar, Ketua Bahagian Perkamusan DBP melalui e-mel salmah@dbp.gov.my atau melalui talian 03-2147 9175. | Penyelidikan | 13.08.2018 |