Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. membuat sehingga terdiri sesuatu (spt rumah, bangunan, jalan raya, dll), membangunkan, mendirikan: kerajaan ~ rumah murah utk golongan yg berpendapatan rendah; 2. membantu dlm proses menjadi besar: makanan yg ~ badan; 3. mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan: ~ negara; 4. mewujudkan, membentuk: ~ satu masyarakat baru; ~ sikap baru; ~ rumah tangga yg bahagia; 5. mengembangkan: ~ plot cerita; 6. memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (spt bahasa dll): ~ bahasa Melayu; 7. mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dsb) sesuatu: teguran yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Membina


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a)Adik membina istana daripada pasir. atau b)Adik membina istana pasir. (a) atau (b) yang betul?a) Adik membina istana daripada pasir. atau b)Adik membina istana pasir. Kedua-dua ayat tersebut betul, ayat pertama memberitahu daripada apa istana itu dibina dan ayat kedua memberitahu jenis istana yang dibina.Tatabahasa17.01.2012
Encik, Adakah penggunaan perkataan 'semula' dalam ayat di bawah ini salah? Penduduk kampung bergotong-royong membina semula rumah Pak Mat yang dilanda ribut. Adakah selepas kata kerja transitif 'membina' mesti diikuti objek 'rumah'? Jika salah, sila berikan ayat yang betul dan alasan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah = Penduduk kampung bergotong-royong membina rumah Pak Mat semula yang dilanda ribut. Perkataan "membina" ialah kata kerja aktif transitif, maka harus menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Dalam ayat ini objeknya ialah "rumah Pak Mat". Sekian, terima kasih.Tatabahasa18.06.2008
Dalam membina ayat bila kita guna tentang dan mengenai. Mohon penjelasanKata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan seperti, Mereka berbincang tentang masalah negara. Selain itu, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan kata mengenai. Perlu diingat perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada" seperti, Tembakan peluru itu mengenai sasarannya.Tatabahasa18.10.2016
bagaimanakah membina ayat berikut dengan betul? Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruanSehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden mempunyai reaksi yang pelbagai terhadap pernyataan cadangan untuk penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Ayat ini betul. Tatabahasa02.02.2015
bagaimanakah membina ayat yang palin tepat untuk ayat berikut: Hal ini bermaksud responden lelaki dan perempuan dapat mengurus masa dengan baik sesuai dengan etika profesion keguruan seperti ketepatan masa hadir ke sekolah dan balik dari sekolah

Hal ini bermaksud responden lelaki dan perempuan dapat menguruskan masa dengan baik sesuai dengan etika profesion keguruan seperti ketepatan masa hadir ke sekolah dan balik dari sekolah.

Tatabahasa17.01.2015
Untuk membina soalan yang mana betul/sesuai 1. Pernyataan di atas, 2. Penyataan di atas

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Penyataan pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain) Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, perkataan yang sesuai dengan konteks yang dikemukakan ialah pernyataan.  

Makna31.10.2011
Untuk membina ayat contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan memangku P.T.D. Gred M44 dengan bayaran elaun memangku. Soalan: Tolong maklumkan penggunaan perkataan manakah yang lebih sesuai: dengan bayaran elaun memangku atau dengan dibayar elaun memangku. Sekian. terima kasih.

Tuan,

Frasa ayat yang tepat ialah:

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan di Kementerian Pertahanan sebagai Penolong Setiausaha memangku P.T.D. Gred M44 dengan dibayar elaun memangku.....

Tatabahasa07.04.2009
Bolehkah kita membina ayat seperti ini: “Adik memadam papan hitam dengan bersih.” Terima kasih.Ayat yang dibina betul.Tatabahasa28.03.2020
Bagaimanakah saya membina ayat menggunakan perkataan asak?Salam sejahtera,

Tuan,

Asak bermaksud padat dan sesak. Contoh ayat: Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu kerana jualan murah sedang diadakan.

Sila lawati http://prpm.dbp.gov.my/ untuk makluman lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa20.01.2018
Kami ingin membina sebuah pangsapuri .Cadangan nama yang ingin diberikan kepada pangsapuri ialah : Residen Era Arif. Adakah penggunaan perkataan ini diluluskan oleh DBDP. Sekian, terima kasihEjaan Residen perlu dibetulkan kepada Residensi-->  Residensi Era AriffLain-lain07.03.2016
12345678910...

Kembali ke atas