Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, me­nyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn per­ubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mencelah

Puisi
 

Bunga sena kuning mencelah,
     Daun kering jatuh bersepah;
Saya yang hina buang sebelah,
     Hidup di dunia bagai sampah.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Huraian intrusive thoughts dalam PRPM DBP adalah tidak tepat. Hal ini kerana dua sebab. Pertama, huraian tersebut mengetengahkan konsep pemikiran, yang mana ianya adalah berbeza daripada konsep sebenar. Kedua, huraian tersebut memberikan makna yang negatif, walhal ianya juga merangkumi makna yang bukan negatif. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=intrusif&d=250808& APA Dictionary (2018) menerangkan bahawa intrusive thoughts bermaksud peristiwa yang bersifat mental yang mencelah aliran pemikiran yang berkaitan dengan tugasan meskipun usaha bagi mengelakkannya. https://dictionary.apa.org/intrusive-thoughts Sehubungan itu, dikemukakan perkara tersebut untuk perhatian tuan/puan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, huraian ini telah diteliti oleh Jawatankuasa Istilah Semasa (JKIS) DBP dan pakar bidang berdasarkan pelbagai rujukan yang autentik. Huraian ini diolah dalam bahasa mudah untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat umum, namun huraian tersebut bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang berkaitan. Istilah11.07.2025

Kembali ke atas