Yang mana betul, "mententeramkan" atau "menenteramkan"? | Perkataan yang betul ialah Menenteramkan. Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s termasuk di dalam jenis me-. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s, seperti contoh yang berikut; pesan= memesan, tetap= menetap, tari = menari, salin= menyalin, sinar= menyinar, serah= menyerah. | Tatabahasa | 10.10.2018 |
mohon penjelasan tentang perkataan yang betul bagi kata tenteram apabila diberi apitan meN - kan. adakah mententaramkan atau menenteramkan? sekian, terima kasih. | Kata terbitan yang betul ialah menenteramkan. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
Usah bermain bola di tepi jalan. Adakah kata perintah "usah" digunakan dengan betul? | Dari segi sintaksis, kata perintah usah boleh digunakan dalam ayat Usah bermain bola di tepi jalan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008; 256) untuk mengetahui maklumat tentang kata perintah. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 2486) memberikan takrif bagi kata usah iaitu kata perintah 1. digunakan untuk melarang seseorang melakukan sesuatu, dan 2. digunakan untuk menenteramkan seseorang. Namun, dari segi semantik penggunaan kata usah lebih lembut berbanding dengan kata perintah jangan. | Makna | 16.08.2023 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Tatabahasa | 29.07.2010 |