Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. menguĀ­rus(kan), mentadbir(kan), mengawal perĀ­jalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 memasang atau mengenakan kendali. 2 menahan hawa nafsu dll; mengekang. 3 mentadbirkan sesuatu persatuan dll; mengurus; memimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendali (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kelola: pimpin, urus, awas,

2. Bersinonim dengan tali kekang: cais, kekangan,

Kata Terbitan : mengendalikan, terkendalikan, pengendali, pengendalian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
orang yang mengendalikan kursus atau orang memberi taklimat di dalam kursus peningkatan prestasi digelar sebagai apa?Orang yang mengendali kursus dengan orang yang memberi taklimat adalah orang yang berbeza. Orang yang mengendali kursus ialah orang yang menguruskan kursus. Mereka boleh dinamakan penganjur. Sementara orang yang memberi taklimat dinamakan penceramah.Lain-lain08.07.2008
a)Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. b)Petronas berperanan mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. manakah penggunaan imb me..kan adalah betul?Ayat yang betul ialah a) Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum di Malaysia.Tatabahasa11.07.2013
selamat petang.boleh saya tahu apakah kementerian yang bertangungjawap dalam mengendalikan piagam pelanggan ini?

Pigam Pelanggan DBP adalah tanggungjawab dan dikendalikan oleh DBP sendiri.  Sebagai makluman semua kementerian mempunyai piagam pelanggan mereka yang tersediri.  Tidak ada satu kementerian khas yang  bertanggungjawab/ mengendalikan  piagam pelanggan di setiap kementerian.  Walau bagaimanpun pihak MAMPU ada mengeluarkan pekeliling  berkaitan piagam pelanggan sebagai rujukan.

Lain-lain07.03.2008
Jika fungsi tugas hendak disediakan , adakah tugas tersebut mesti dimulakan dengan awalan 'me' misalnya, menetapkan, mengendalikan. Perkataan manakah yang betul untuk digunakan? Bahagian e-'Perdagangan' atau Bahagian e-'Dagang'. Bahagian ini berfungsi sebagai bahagian yang menguruskan/mengaudit perniagaan yang menjalankan e-dagang.Fungsi tugas boleh dimulakan dengan kata kerja dengan imbuhan "me" atau kata nama juga bergantung pada konteks ayat. Bahagian yang mengendalikan perniagaan e-dagang, lebih sesuai dinamai Bahagian E-Dagang.Tatabahasa10.02.2010
isltilah apa yang paling tepat untuk "manoeuvre warfare"Tidak ada istilah manoeuvre warfare dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk manoeuvre ialah mengendalikan, gerak atau olah gerak. Padanan bahasa Melayu untuk warfare ialah perang atau peperangan. Cadangan DBP ialah mengendalikan peperangan.Istilah19.03.2011
Adakah pihak DBP mengendalikan sebarang ujian bahasa Melayu kepada warganegara asing yang ingin mendapatkan certificate dalam bahasa Melayu? Jika tidak, badan manakah yang perlu dirujuk dalam perkara ini?

Tuan/puan,

Berkenaan dengan perkara tersebut, mohon pihak tuan tanyakan persoalan ini kepada Akademi DBP kerana perancangan pernah dibuat oleh Akademi DBP.

Boleh hubungi Akademi DBP melalui

  • Encik Mohd Asri bin Mohammad 03-2147 9323/019-3412 32 /asri_m@dbp.gov.my
  • Encik Mohd Amran bin Daud 03-2147 9223 / 019- 9934 09/ amran2@dbp.gov.my
  • Puan Zaidah binti Md Samin 03-2147 9227 /012-6106 256/ zaidahms@dbp.gov.my
Lain-lain30.04.2017
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
Aapakah maksud senggara?

Saudara,

Makna senggara ialah mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna07.11.2009
Tuan/Puan, Mohon bantuan tuan menterjemahkan istilah 'grounded'. Ia membawa maksud seseorang pekerja yang tidak dibenarkan menjalankan tugas mengendalikan jentera yang tinggi cthnya kren atas sebab disiplin,kemalangan sebagai merehatkan peketja tersebut. Oleh kerana tiada istilah melayu yg sesuai, kami masih menggunakan grounded. Harap pihak tuan bantu. TQ

Melihat kepada konsep/pengertian grounded kami mencadangkan istilah "kerja ringan" bagi menerangkanistilah tersebut dalam bahasa Melayu. 

Istilah29.10.2008
Saya ingin bertanya tentang kursus diploma lingustik atau seandainya di dewan bahasa.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengendalikan kursus Diploma Linguistik. Sdr. boleh mendapat maklumat tentang perkara ini daripada universiti awam di negara ini seperti Um, UKM, UPM dsb..Lain-lain05.09.2007
123456

Kembali ke atas