Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. menebas, menebang; (pokok, tumbuh-tumbuhan), membabat: me­re­ka ~ pokok-pokok kecil; 2. membuka (meneroka) hutan, merintis (jalan): biar sedikit benih yg ditanam dan sedikit rimba yg dirambah, asal tanaman itu dijaga dan rumputnya disiangi; ~ hutan; ~ jalan; 3. merampat (memarang, memukul, menem­baki, menyebat, dll) semuanya sekali gus: pasukan yg menceroboh itu dirambah dgn mesingan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menebas atau memangkas tumbuh-tumbuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Merambah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Biarlah orang berhari raya, Kita pergi merambah dahan; Biarlah orang mencari kaya, Kita mencari redanya Tuhan. Dalam buku “Khazanah Pantun Melayu Riau” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 2016) bawah kategori “Petalangan” muka surat 653, perkataan *redanya diguna dalam pantun tersebut tapi tiada kemasukan dalam Kamus Dewan IV. Bolehkah perkataan ini digunakan, dan adakah ejaannya *redanya atau reda-Nya?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan reda bermaksud bersedia dengan ikhlas hati (untuk membuat sesuatu), rela. Oleh itu, perkataan tersebut boleh digunakan dengan ejaan yang betul ialah reda-Nya jika ayat merujuk kepada Allah.

Ejaan25.05.2023

Kembali ke atas