Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. menyepit dan mencabut (paku dll): ~ paku; 2. ki menyepit, menjepit: tangannya ~ gelas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan: longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke pem­basuh­an; 2. memeluk: kedua-dua belah tangan­nya ~ gadis itu; 3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll, mem­bolot: Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi me­lingkupi, melingkungi, men­­­­­cakupi, men­cang­kum: sistem insurans kebangsaan am­nya ~ semua orang antara umur berse­kolah dan umur bersara; siaran berita harus ~ per­istiwa-peristiwa penting di dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 membawa (mengangkat) dlm pelukan: Ia ~ longgokan kain itu dan membawanya ke perigi utk dicuci. 2 memeluk: Kedua-dua belah tangannya ~ anaknya. 3 meliputi atau melingkungi (beberapa hal, tempat dll); mencakup; meliputi: Penerangan itu ~ beberapa perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangkum2
Kata Terbitan : merangkum, merangkumi, merangkumkan, terangkum, rangkuman, merangkum,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009
Bolehkah "kebolehaksesan" digunakan bagi istilah "accessibility" dan "inklusiviti" bagi "inclusivity"? Jika tidak, harap pihak DBP dapat beri cadangan. Terima kasih. Contoh penggunaan: Prioritising rural basic infrastructure to enhance accessibility and inclusivity.Tuan/puan,

Untuk makluman, terjemahan yang tepat bagi accessibility ialah ketersampaian dan ketercapaian. Selain itu, dalam Kamus Dewan tidak terdapat perkataan inklusiviti. Perkataan yang wujud ialah inklusif yang membawa maksud merangkum, termasuk dan menyeluruh. Jika berdasarkan konteks ayat yang diberi, perkataan yang tepat ialah menyeluruh.
Penyemakan dan penterjemahan13.11.2017

Kembali ke atas