Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Memorandum of Understanding (Memorandum Persefahaman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MoU


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MOUMemorandum of UnderstandingLain-lain31.03.2008
Bolehkah saya gunakan Majlis "Penandatanganan" MOU sebab staf dan ketua jabatan saya berkeras ingin menggunakan Majlis "Menandatangani" MOU.Yang betulnya ialah Majlis Penandatangan MOU. Bagaimanapun, yang biasa digunakan oleh masyarakat ialah 'Majlis Menandatangani MOU'.Tatabahasa07.09.2008
Ain Za 12:43PM Assalamualaikum dan salam sejahtera... nak bertanya sikit Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) atau Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) yang mana lagi sesuai Menandatangani or PenandatangananMajlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).Tatabahasa22.08.2016
Salam, Mohon panduan ayat manakah yang betul? Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dengan Y atau Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara X dan YFrasa yang betul ialah "Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dan Y".Tatabahasa18.10.2013
Untuk menandatangani MOU yang mana satu perkataan yang betul sama ada "memeterai", "mementerai" atau "mematerai"Frasa yang betul ialah "memeterai perjanjian...", iaitu daripada kata meterai (disebut - me.met.rai) yang bermaksud lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada sesuatu dokumen, dan memeterai bermaksud membubuh meterai pada sesuatu. Perkataan memeterai tidak sama dengan perkataan mematerikan (bukan mematerai) yang berasal daripada kata pateri.Tatabahasa02.10.2015
Adakah betul penggunaan ejaan orang asli dalam konteks ayat di bawah? Memorandum Persefahaman (MoU) penyerahan sepenuhnya sekolah-sekolah Orang Asli di bawah... Saya melalui perkampungan orang Asli yang terletak jauh di pedalaman...

Penggunaan perkataan orang asli betul dari segi ejaannya.

Ejaan20.04.2010

Kembali ke atas