maksud modal sosial dan contohnya? | Merujuk Kamus Dewan, modal ialah wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan. Manakala sosial ialah segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan. Bagi memperoleh maksud frasa modal sosial, saudara hendaklah merujuk uku atau makalah yang berkaitan. Harap maklum. | Makna | 13.07.2008 |
Salam Sejahtera, Saya adalah pelajar phD daripada UKM Tajuk kajian saya adalah PENGARUH MODAL SOSIAL TERHADAP KEBOLEHUPAYAAN PEKEBUN KECIL SAWIT PERSENDIRIAN KELAB 30 TAN DI NEGERI JOHOR, MALAYSIA. Term kebolehupayaan adalah terjemahan daripada tinjauan literatur saya dalam konsep Capability/Capabilities. Dalam DBP hanya keupayaan adalah istilah rasmi (iaitu merujuk ability dalam Bahasa Inggeris) manakala kebolehupayaan wujud dalam istilah MABBIM soalan saya untuk tajuk tesis yang rasmi 1. Adakah saya perlu menukar term kepada keupayaan (istilah rasmi) atau 2. Adakah saya boleh menggunakan term kebolehupayaan mengikut istilah MABBIM terima kasih | Berdasarkan semakan, istilah ability dan capability boleh dipadankan dengan istilah bahasa Melayu "kebolehan" dan "keupayaan" secara boleh ganti. Manakala, istilah "kebolehupayaan" pula tidak terakam dalam mana-mana kamus Dewan Bahasa dan Pustaka serta tidak mempunyai takrifan tersendiri. Pihak kami mencadangkan padanan bagi istilah capability dalam bahasa Melayu yang boleh digunakan ialah keupayaan, kemampuan, kebolehan atau kesanggupan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 24.06.2025 |
Tuan, Apa terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut: 1. Social Exchange Theory; 2. Rational Action Theory ; 3. Knowledge-Based Theory of the Firm; 4. Social Cognitive Theory; 5. Social Capital Theory; dan 6. Resource Based View of the Firm Terima kaih. | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Social Exchange Theory - Teori Pertukaran Sosial 2. Rational Action Theory - Teori Tindakan Rasional 3. Knowledge-Based Theory of the Firm - Teori Berasaskan Pengetahuan Firma tersebut 4. Social Cognitive Theory - Teori Kognitif Sosial 5. Social Capital Theory - Teori Modal Sosial 6. Resource Based View of the Firm - Pandangan Berasaskan Sumber Firma tersebut | Istilah | 30.09.2013 |
Saya ingin bertanya tentang maksud rangkai kata berikut: i) zaman serba mencabar ii) mengamalkan nilai integriti iii) minda kelas pertama iv) generasi modal insan yang berkualiti sekian, terima kasih | (i). Zaman serba mencabar bermaksud era atai tempoh yang terdapat pelbagai saingan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial, globalisasi dan sebagainya. Kemajuan berada pada tahap yang tinggi dan perlu diseimbangi oleh ilmu pengetahuan. (ii). Mengamalkan nilai integriti bermaksud mengamalkan sikap kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh. Anatar amalan yang dicadangkan ialah mengenali maha pencipta, menyemai nilai-nilai terpuji, disiplin diri, kejujuran dan ketelusan, kebolehpercayaan, kebijaksanaandan rasa penghargaan. (iii). Minda kelas pertama bermaksud pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan. (iv). Generasi modal insan yang berkualiti bermaksud generasi yang mempunyai ketahanan diri, ilmu dan penglibatan dalam mencapai wawasan negara. | Makna | 13.12.2007 |