Mohd Faizal 27/12/2016 09:59 Mohd Faizal Mohd salam sejahtera.. Mohd Faizal Mohd Admin, Saya ingin mendapatkan buku berikut Judul: ORANG BAJAU PULAU OMADAL Penulis: Yap Beng Liang Tahun terbitan: 1993 Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka. | Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih | Lain-lain | 27.12.2016 |
Cara penulisan nama yang betul? Mohd Hafiz bin Mohd Farid atau Mohd Hafiz Bin Mohd Farid? Penulisan bin@binti patut bermula dgn huruf besar atau huruf kecil? Maniam anak lelaki Ramesh penulisannya mcm mana pula? Terima kasih. | Yang betul ialah Mohd Hafiz bin Mohd Farid dan Maniam a/l Ramesh. | Lain-lain | 08.01.2015 |
Mohd Yassin Mohd Yunus SEL 10.21 PTG CADANG ISTILAH Mungkin perlu juga digunakan sistem penggabungan dua perkataan untuk membentuk istilah baharu. Ini bagi menjadikan korpus perbendaharaan lebih sesuai dengan arus zaman. Contoh: 1. 'charging' = isirus; [isi] + [arus] Istilah 'cas' atau 'mengecas' dalam Bahasa Melayu bukan tidak ada. Cuma, maksudnya jauh dari yang selalu orang gunakan (menahan kaki orang berjalan/berlari dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh). 2. 'boarding' = naikapal; [naik] + [kapal] 'Boarding' atau 'board' dalam maksud sebenar Bahasa Melayu, selain "berasrama", "papan", "naik" dan "barisan", tidak mempunyai semantik yang cukup mendalam bagi maksud ayat "menaiki kapal". Dan memandangkan kapal adalah satu-satunya jenis kenderaan yang seseorang boleh 'board'/'boarding', maka mengapa tidak digabungkan saja, supaya penutur Bahasa Melayu tidak pula terkeliru dengan menggunakan perkataan tersebut untuk kenderaan lainnya. Contoh ayat: "Kamil mengisirus telefon bimbitnya di surau lapangan terbang, sebelum dia menaikapal." Saya ada beberapa cadangan istilah lain yang saya simpan bagi memperkaya lagi perbendaharaan kata bangsa kita. Saya senaraikan sebahagiannya: 1. 'tesat' ([temu] + [sesat]), yang bermaksud menemukan sesuatu dalam keadaan sesat (biasanya pengajaran/pelajaran). Tamsil guna: "Jaidi tesat di Kuala Lumpur, bahawa kebahagiaan yang dicarinya, ada di kampung halaman." 2. 'pedata' ([pesan] +[dalam] + [talian]), ya | Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan pembentukan istilah baharu yang tuan cadangkan. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka yang terlibat dengan projek pembentukan istilah. | Istilah | 17.10.2017 |
Mohd Feisal Mohd Pop JUN 29TH, 8:53AM Apa beza "Allahyarhamah" dan "Almarhumah"? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan istilah allahyarham sebagai kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk Onn terkenal di seluruh negara manakala allahyarhamah sebagai ganti nama diri yg digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal, manakala almarhum biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim - Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. | Istilah | 29.06.2016 |
Mohd Norazlan Shah 09:51 Mohd Norazlan Shah Mohd salam admin... sy nk btnya pgunaan tanda sengkang ( - ) dlm ejaan seperti pertandingan ----> per-tandingan, percubaan ----> per-cubaan...adakah ianya dibolehkan dlm penulisan karangan utk pelajar sekolah....harap admin dpt beri pencerahan....tq... | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah pertandingan dan percubaan. | Ejaan | 01.03.2017 |
Mohd Azwan Zulkefli 8:24AM Mohd Azwan Zulkefli Mohd Assalammualaikum,selamat pagi & salam sejahtera. Nak buat permohonan kerja kepada pihak tuan/puan kalau ada jawatan kosong yang diperlukan di Dewan Bahasa & Pustaka, seperti menjaga pameran buku-buku, serta novel ataupun kemas buku. Saya berminat ingin bekerja di syarikat tuan/puan jika ada kekosongan. Saya ada sikit pengalaman bekerja dalam bidang ni, dan ingin menceburi lagi bidang ini. Saya harap pihak tuan/puan dapat memberi saya peluang ini kalau ada kekosongan di Dewan Bahasa & Pustaka. Tuan/puan boleh emel saya: obey_city@yahoo.com. Tuan/puan juga hubungi saya ataupun whatsapp di nombor 0146532962 jika tuan/puan ingin memberikan respon atas permohonan saya. Sekian, Terima Kasih. | Pemakluman pengambilan pekerja DBP akan diiklankan dalam akhbar utama berbahasa Melayu dan laman web DBP. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 27.07.2016 |
Mohd Aizie Shauqi THURS 17:48 Mohd Aizie Shauqi Mohd Assalam..sy mencari novel harga sebuah maruah karya azizi hj abdullah? Masih di jual ke? | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 06.10.2016 |
Salam, saya ingin bertanya sekiranya terdapat pekerjaan yang boleh diisi. Terima kasih. Mohd Irfan Mohd Sharif B.A Ekonomi Universiti Al-azhar | Sila kerap layari www.dbp.gov.my untuk pengumuman Jawatan Kosong | Lain-lain | 09.01.2014 |
Mohd. Syed Alwi ISN 7.23 PTG di mana nak dapat senarai 140 istilah yang baru diumumkan? | Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya. | Lain-lain | 21.08.2017 |
Mohd Fazli Bin Abdullah Mohon pandangan DBP. Kata swafoto sudah ada lama dalam bahasa Indonesia. Gabungan dari kata swa + foto. Bererti kata swa secara tunggal bawa maksud sesuatu yg bersifat sendiri (apakah itu berasal dari kata swasta?). Indonesia juga terjemahkan istilah 'self-service' sebagai swalayan. Saya tertarik dengan cara Indonesia yg pelbagaikan kata swa untuk istilah-istilah lain yg bersifat personal. Di Malaysia, kita masih terjemahkan 'self-service', sebagai layan diri. Jadi apakah kata swa, tidak membawa apa-apa erti menurut pandangan DBP? | 1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. Oleh sebab itu, DBP menerima istilah swafoto sebagai padanan untuk perkataan bahasa Inggeris "selfie". 2. Tidak ada maklumat tentang etimologi kata swasta dalam pangkalan data kami. Jika dirujuk maksud swa ialah awalan asing yang bermaksud sendiri, namun tidak dapat dikaitkan dengan maksud asta untuk pembentukan kata baharu itu. 3. Dalam bahasa Melayu penggunaan awalan "swa" digunakan seperti "limbungan swa-apung" padanan terjemahan "self-docking dock", hipotesis swa-penanda untuk padanan "self-marker hypothesis". Selain kata pinjaman, ada kata Melayu yang sama maksudnya dengan swa- iaitu "kendiri" bagi padanan kata "self" dalam bahasa Inggeris, contohnya self-regulatory policy - dasar peraturan kendiri, self-management - pengurusan kendiri. 4.Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai cara pembentukan istilah bahasa Melayu, sila rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 08.06.2017 |