Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : abbrev G.: ~ Kinabalu, G. Kinabalu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud ayat nominal dan ayat akusatif? berikan contoh juga. tq

 

Ayat nominal, iaitu ayat yang tidak menggunakan kata kerja, contohnya MT,Nimrod MT" size="1">MT,Nimrod MT" size="1">Demikianlah laporan Hashim Saad dari Canberra. Tidak ada dalam sumber rujukan kami contoh penggunaan ayat akusatif, sila rujuk buku linguistik untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang ayat tersebut.

Tatabahasa20.10.2010
Saya ingin tahu tentang: 1. Perbezaan perkataan a. mengandung denagan mengandungi b. boleh dengan dapat c. banyak dengan ramai 2. Sama ada betul atau salah frasa a. ....sehingga kepada anak cucu b.......sehingga ke malam c....sehingga anak cucu d. .....sehingga malam. Terima kasih

MT Lt'">Encik Ishak,

MT Lt'">Jawapan soalan tuan adalah seperti yang berikut:

MT Lt'">1  (a).  Untuk makluman tuan, kata MT Lt'">mengandung dan MT Lt'">mengandungi mempunyai perbezaan makna dan fungsi. Kata MT Lt'">mengandung membawa maksud, iaitu hamil. Contohnya, Halimah sudah MT Lt'">mengandung kira-kira dua bulan. Manakala MT Lt'">mengandungi membawa maksud berisi, memuat, atau membawa sesuatu dalam bekas dan sebagainya. Contohnya; Dokumen yang dibawa oleh Ali  itu MT Lt'">mengandungi maklumat yang rahsia. 

MT Lt'">1  (b) Kata MT Lt'">boleh dan MT Lt'">dapat merupakan golongan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kata bantu ini mempunyai makna dan tugas yang berbeza.  Kata dapat membawa maksud kemampuan atau keupayaan apabila  kata dapat  digunakan sebelum kata kerja, seperti dapat datang, dapat berlari  dan dapat menendang. Oleh itu, kata dapat bermaksud perbuatan tertentu dan berupaya dilakukan atau berjaya dilaksanakan. Manakala boleh membawa maksud keizinan digunakan sebelum kata kerja, seperti boleh dimakan, boleh dipegang, boleh dibawa. Hal ini bermakna, dapat ialah kemampuan melakukan sesuatu, manakala boleh ialah diizinkan melakukan sesuatu.

MT Lt'">1  (c) Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala MT Lt'">banyak orang  merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.MT Lt'"> 

MT Lt'">2.   C. sehingga anak cucu

MT Lt'">     D. sehingga malam

 

Tatabahasa13.05.2009
Bagaimana kita mahu membezakan bahasa melayu dan bahasa indonesia?
Secara genealogi, bahasa Melayu ialah bahasa "induk" kepada bangsa Indonesia dan bangsa Malaysia, bahasa rumpun Austronesia. Sebagai milik masyarakat, bahasa Melayu induk ini kian berkembang dalam kalangan masyarakat kedua-dua negara yang berjiran ini, sesuai dengan konteks budaya masyarakatnya. Maka tidak hairan jika kedua-dua bahasa itu setakat hari ini menghala ke arah yang berbeza. Secara umumnya, perkembangan leksikologi Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu di Malaysia memperlihatkan perkembangan leksikologi; ada aspek yang menunjukkan persamaan dan ada yang menunjukkan perbezaan dalam perbendaharaan katanya. Persamaan terjadi kerana kedua-dua bahasa itu secara genealogi adalah berasal daripada induk yang sama, sedangkan perbezaan itu terjadi kerana kedua-duanya secara geografi berada dalam lingkungan budaya yang berbeza, dan secara reseptif menerima pengaruh daripada sumber yang berbeza. (1) Ciri Perbezaan Dari Segi Sumber Pengaruh:

mt-1 -mb-1.5">Bahasa Indonesia: Pengaruh Belanda yang kuat, pengaruh bahasa Jawa yang signifikan (kerana populasi Jawa yang dominan), pengaruh bahasa daerah di Indonesia yang pelbagai.

mt-1 -mb-1.5">Bahasa Melayu di Malaysia: Pengaruh Inggeris yang kuat - dari zaman penjajahan British, pengaruh bahasa Cina dan Tamil (dari komuniti multietnik di Malaysia), pengaruh bahasa Arab (melalui amalan/penghayatan agama Islam sebagai agama rasmi).  (2) Ciri Perbezaan Dari Segi Linguistik, termasuklah perbezaan istilah:

mt-1 -mb-0.5">

mt-1 -mb-0.5">

mt-1 -mb-0.5">

mt-1 -mb-0.5">              semula jadi (Malaysia)  |   alamiah (Indonesia)
              pejabat (
Malaysia)        |  kantor (Indonesia)
              juruwang (
Malaysia)      |  kasir (Indonesia)

Lain-lain25.07.2025

Kembali ke atas