Amirul Muhammad SUN 16:36 Amirul Muhammad Muhammad Assalamualaikum..boleh saya tahu apakah syarat2 kelayakan bagi jawatan kosong pembantu operasi? | Wassalam, Pihak tuan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Muhammad RizalView Profile Actions THURS 01:57 Muhammad Rizal Muhammad Salam. Saya ada 2 soalan; 1. Adakah DBP Malaysia yang bertanggugjawab menapis buku-buku dari negara luar yang masuk ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ianya boleh dijual di kedai buku seperti Popular? 2. Jika isi kandungan tersebut didapati melanggar peraturan yang ditetapkan, adakah ianya tidak dibenarkan masuk ataupun dibenarkan atas syarat? Itu sahaja. Mohon penjelasan sepantas mungkin. Terima kasih. | Salam, Untuk makluman, pihak DBP tidak bertanggungjawab menapis buku dari negara luar, sebaliknya pihak KDN. Sehubungan dengan itu, tuan/pun boleh menghubungi pihak KDN untuk merujuk soalan kedua. Tk. | Lain-lain | 20.10.2016 |
bangunan Muhammad Ali atau Bangunan Muhammad Ali? dari Malaysia atau daripada Malaysia? | Ejaan yang betul ialah Bangunan Muhammad Ali. Jika merujuk tempat dari Malaysia, manakala jika merujuk sumber daripada Malaysia. | Ejaan | 10.11.2009 |
Allah swt atau Allah SWT ? Nabi Muhammad saw atau Nabi Muhammad SAW ? | Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. | Ejaan | 06.02.2010 |
Muhammad Z Nurdin MON 21:05 Persoalan saya adakah DBP tidak mahu membuat kajian lanjut terutamanya bagaimana perkataan-perkataan berkenaan mungkin ditulis dalam tulisan jawi yang merupakan tulisan asal Bahasa Melayu. Bilakah DBP hendak buat kajian...? 10 tahun yang lalu saya pernah bertanyakan tentang maksud asal istilah 'patik', 'paduka', 'duli yang maha mulia', namun jawapan DBP tetap sama (statik) iaitu rujuk kamus dewan bahasa edisi ke-4. Banyak istilah dari sanskrit digunakan tapi rakyat tidak didedahkan dengan jujur apa maksud istilah itu sebenarnya dlm bahasa asal... | Etimologi kata Melayu yang bersumberkan daripada bahasa Sanskrit tidak ada dalam sumber rujukan DBP. Melalui carian kami di internet menemukan senarai kata berkenaan di https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_kata_pinjaman_dari_bahasa_Sanskrit_dalam_bahasa_Melayu. Dalam hal penggunaan kata dan makna, sumber rujukan utama kami ialah Kamus Dewan, dan Kamus Dewan tidak memasukkan data etimologi kata, kecuali sebilangan kata yang ditandakan sebagai dialek negeri, kata Indonesia dan kata Brunei. | Lain-lain | 03.04.2017 |
Muhammad Z Nurdin THURS 21:47 Salam DBP, saya ingin memohon pencerahan tentang perkara di bawah. Mohon penjelasan yang sahih dari pihak tuan. Sekian terima kasih. William Mark Joseph Raj: *Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari* _Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi._ 1. *HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI* Pembetulan : _HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI_ Keterangan : Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak? Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar. Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain. 2. *MELEPASKAN BATUK DI TANGGA* Pembetulan : _MELEPASKAN BATOK DI TANGGA_ Keterangan : Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok. Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakk | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Untuk bacaan tambahan, lihat http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/rahman-shaari/pagar-dan-pegar-yang-makan-padi-1.342076. | Lain-lain | 30.03.2017 |
Muhammad Z Nurdin FRI 13:43 Adakah dibenarkan penggunaan Yang Mulia kepada Ahli Majlis Perbandaran? Berlaku di Tawau, Sabah | Untuk makluman, mengikut Kamus Dewan, Yang Mulia merupakan rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu sahaja. | Lain-lain | 17.02.2017 |
Muhammad Adam SEP 8TH, 8:20AM Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya. DBP ada tak aplikasi Kamus Dewan untuk pengguna telefon pintar android? | Sila muat turun Kamus Pro Online Dictionary. | Lain-lain | 19.09.2016 |
Muhammad Idris Sep 28th, 11:45am saya dah email kat e-mel pp@dbp.gov.my tapi belum ada jawapan tersebut email di hantar pada Sep 22, 2015 at 11:02 AM | Jika pertanyaan tuan berkaitan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Untuk makluman tuan, permohonan pada 22 September 2015 telah diselesaikan. | Lain-lain | 28.09.2015 |
Muhammad Zulhilmi Oct 16th, 11:27pm Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Adakah penggunaan nama jalan tersebut tepat? Jalan Abu Bakar Sultan. Saya telah rujuk kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), dan mereka memaklumkan bahawa tiada kesalahan dalam penggunaan nama jalan tersebut. Mohon pencerahan. | Penamaan bangunan, taman dan jalan termasuk dalam bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Jika tuan telah merujuk PBT berkenaan dalam penamaan jalan tersebut, tidak ada halangan untuk pihak kami menerimanya. | Lain-lain | 16.10.2014 |