Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia Madani. Saya ingin menyemak ejaan perkataan "Muharam" untuk Awal Muharam dan 1 Muharam. Kebanyakan syarikat korporat besar di Malaysia memuat naik "Awal Muhurram" dan "1 Muharram" di dalam hantaran media sosial mereka. Adakah ejaan "Muharram" jua diterima dalam Bahasa Melayu? | Ejaan bahasa Melayu yang telah ditetapkan ialah Muharam (termasuk Awal Muharam atau 1 Muharam). Masyarakat mungkin terlepas pandang atau terpengaruh dengan ejaan bahasa lain. | Ejaan | 07.07.2024 |
Salam. Mohon bertanya ejaan Jawi bagi: 1. Bulan Muharam 2. Muhrim Haji 3. Golongan mahram Terima kasih. | 1. Bulan Muharam - بولن محرم 2. Muhrim Haji - محريم حج 3. Golongan mahram - ݢولوڠن محرم | Ejaan | 31.03.2017 |
Assalamualaikum berkenaan sebutan dan ejaan nama-nama bulan Islam. Adakah institusi pendidikan di bawah selangor perlu menggunakan ejaan yang Jabatan Mufti Negeri Selangor beri? atau ikut ejaan di dalam kemus dewan? Boleh saya dapatkan jawapan . Sebab saya nak mengajar jadi murid akan confius ejaan yang mana perlu diikuti? | Ejaan bahasa Melayu yang betul bagi bulan Islam ialah Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. | Ejaan | 28.01.2021 |