Saya Muslimah Deng sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa,UIY. ingin bertanya:Cara tiknik dalam membaca itu ada berapa cara.Terima kasih. | Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku-buku ini ialah terbitan DBP. | Lain-lain | 24.10.2013 |
Apakah padanan untuk "inner" baju? Pakaian ini dipakai oleh para Muslimah untuk menjaga aurat ketika memakai pakaian yang agak jarang atau berlengan pendek. Namun jika padanannya "pakaian dalam" atau "baju dalam", bukankah itu merujuk kepada anak baju yang membawa imej yang amat berbeza? | Cadangan kami terjemahan untuk perkataan inner yang kebiasaannya dipakai oleh muslimah ialah pakaian lapis dalam. | Makna | 08.01.2022 |
Adakah ayat ini betul: Dia memakai blaus denim muslimah rona biru tua. | Cadangan ayat yang dikemukakan adalah betul penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 02.06.2021 |
Saya ingin membuat papan iklan untuk butik pakaian muslimah..adakah ini boleh diterimapakai | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan. | Lain-lain | 19.02.2017 |
Saya mendapati istilah ALLAHYARHAMAH yang digunapakai dalam Kamus Dewan tidak terdapat dalam bahasa Arab. Hal ini kerana, kaedah bahasa Arab tidak membenarkan kemasukkan ta marbutah (melambangkan wanita) ke dlm kata kerja (feel). Frasa Muslim utk lelaki dan Muslimah utk wanita adalah betul kerana ia adalah kata nama. Manakala tiada perkataan Yarhamah bagi perkataan Yarham (lelakii) kerana ia adalah feel mudharik (kata kerja) | Kamus Dewan Perdana menakrifkan "Allahyarham" bermaksud Allah memberi rahmat, iaitu kata yang digunakan bagi orang Islam lelaki dan wanita yang telah meninggal dunia. Kata “Allahyarhamah” pula merujuk jantina, iaitu wanita Islam yang telah meninggal dunia. Walaupun kata “Allahyarhamah” ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu "Allahyarhamha", bagi wanita Islam yang telah meninggal dunia. | Makna | 19.02.2022 |
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Pejabat Kakitangan atau Pejabat Masjid (yang mana yang sesuai) 2. Ruang Solat Muslimat atau Ruang Solat Muslimah (yang mana yang sesuai) 3. Rak Kasut 4. Ruang Pemadam Api 5. Ruang Meletak Barangan Sumbangan (untuk barangan sumbangan kepada Masjid) 6. Bilik Pengurusan Jenazah 7. Bilik Kuliah 8. Bilik Stor 9.Tabung Masjid 10. Kebuk Sampah atau Bilik Pengumpulan Sampah (yang mana yang sesuai) 11. Parking Imam atau Ruang Letak Kereta Imam 12. Tiang Sembelihan atau Ruang Penyembelihan (untuk korban) 13. Pastikan Pintu Sentiasa Ditutup 14. Dilarang Membawa Selipar Tandas Melepasi Garisan Ini Sekian, terima kasih | Waalaikumussalam. Kami cadangkan: 1. Pejabat 2. Ruang Solat Muslimat 3. Rak Kasut 4. Ruang Pemadam Api 5. Ruang Barang Sumbangan 6. Bilik Pengurusan Jenazah 7. Bilik Kuliah 8. Stor 9.Tabung Masjid 10.Kebuk Sampah 11.Ruang Letak Kereta Imam 12.Ruang Penyembelihan 13.Pastikan Pintu Sentiasa Ditutup 14.Dilarang Membaca Selipar Tandar Melepasi Garisan Ini | Lain-lain | 15.08.2016 |
Hanim Husin Jun 27th, 2:41pm Assalamualaikum & Salam 1Malaysia! Saya Hanim dari PJ. Saya ingin mendapatkan kebenaran daripada cik/puan/tuan untuk mengadakan Bengkel/Slot demo Penggayaan Selendang dengan mudah dan pantas sesuai dengan peredaran masa yang memerlukan kita bergerak pantas dalam kehidupan seharian. Saya mempunyai kumpulan @ Hijab Stylist Team yang diterajui oleh Hijab Stylist yang semakin meningkat naik iaitu Puan Anizon Hussin, mantan Editor bagi Majalah Dara.Com. Bengkel/Slot yang bakal diadakan ini adalah percuma selama 1 1/2 jam dan ianya bertujuan untuk membantu para muslimah menggayakan tudung dengan cepat disamping menutup aurat. Slot ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim diantara jabatan/staff pihak cik/puan. Diharap aktiviti akan mendapat pertimbangan daripada pihak cik/puan/tuan. InsyaAllah! Sekian, HANIM 016-9052046 | Sila hubungi Bhg. Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 27.06.2014 |