Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[musy.ri/] | مشرک

Definisi : Ar orang menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan ataupun perbuatan, mis percaya adanya kuasa ghaib selain Allah spt memuja berhala, dewa dsb; memusyrikkan menjadikan atau menye­babkan Musyrik: maka orang tuanyalah yg akan mengislamkan, meyahudikan atau ~ putera atau puterinya; kemusyrikan perihal Musyrik (kafir). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[musy.ri/] | مشرک

Definisi : 1 (orang yg) menyekutukan Tuhan; (orang yg) menduakan Tuhan. 2 penyembah berhala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Musyrik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Musyrik atau musyrik? Muslim? muslim? Musyrikin ?Kata nama am atau khas?

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, Musyrik, Musyrikin, Muslim  dan lain-lain. 

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, munafik dan lain-lain.


Tatabahasa18.11.2020
Salam, orang-orang musyrik atau orang-orang musyrikin? TKBerdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1506, perkataan musyrik bermaksud orang yang menyekutukan Allah, baik dengan keyakinan, ucapan ataupun perbuatan. Musyrikin pula merujuk orang-orang yang musyrik. Walau bagaimanapun, perkataan orang boleh diletakkan di hadapan perkataan musyrik atau musyrikin bergantung pada kesesuaian konteks dan penggunaan dalam ayat.Makna22.09.2024

Kembali ke atas