Saya terbaca frasa “lain-lain NGO” dalam satu akhbar dalam talian. Frasa ini menyalahi hukum D-M. Saya tahu “lain-lain hal” silap dan yang betul ialah “hal-hal lain”. Jikalau “lain-lain NGO” ditukar menjadi “NGO-NGO lain” janggal pula bunyinya. Jikalau ditukar menjadi “NGO lain-lain” mungkin silap. Mohon bantu saya membuat keputusan yang tepat. | Untuk makluman tuan, frasa yang tepat dan mengikut hukum D-M ialah NGO yang lain (Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain). | Makna | 05.03.2009 |
Wajarkah singkatan NGO digantikan dengan BBK atau OBK (Badan Bukan Kerajaan, Organisasi Bukan Kerajaan)? | Singkatan NGO telah diterima pakai dan difahami sebagai singkatan kepada Badan Bukan Kerajaan dan tidak perlu mengubahnya kepada singkatan yang lain. | Istilah | 05.03.2009 |
DBKL akan mengadakan majlis apresiasi untuk NGO yang bersama2 menyumbang mengendalikan penempatan sementara gelandangan di KL semasa awal COVID19 selain tagline SEINDAH BUDI, TERPAHAT DI HATI Mohon dapat nasihat dan cadangan lain yang bersessuaian. Terima kasih | Slogan yang dinyatakan boleh digunakan. Kami juga mencadangkan beberapa slogan seperti yang berikut: i. Budi nan indah, tersemat si hati. ii. Budi nan indah, mekar di hati. iii. Seindah budi, terpahat di sanubari.
| Lain-lain | 28.12.2020 |
Salam sejahtera, Dalam penulisan, kerap lagi saya temukan struktur Selain itu, pihak berkuasa juga ....; Di samping itu, pihak sekolah juga ..... Bahkan, pihak NGO juga .... Persoalannya, bolehkah penanda wacana 'selain itu' / 'di samping itu' / 'bahkan' dan penanda wacana 'juga' digunakan serentak kerana saya rasa kelewahan berlaku dalam struktur ini. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN | Frasa 'Selain itu, pihak berkuasa juga ...', 'Di samping itu, pihak sekolah juga ...', 'Bahkan, pihak NGO juga ...' adalah betul. 'Juga' ialah kata penegas yang memberikan penekanan pada frasa tersebut. | Tatabahasa | 23.12.2010 |
selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih. | 1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu. 2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. 3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. 4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat. | Istilah | 02.04.2010 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang paling tepat dan boleh digunakan secara meluas bagi "non-governmental organisation (NGO)"? Dalam carian di PRPM, istilah ini diterjemah sebagai badan bukan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Terima kasih. | Dalam bidang Sains Politik digunakan istilah Organisasi BUkan Kerajaan, bidang Pentadbiran pula menggunakan istilah Badan Bukan Kerajaan, maka kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan. Istilah Pertubuhan Bukan Kerajaan juga digunakan dalam kamus, namun kami mencadangkan tuan mengambil data daripada bidang peristilahan. | Tatabahasa | 15.01.2015 |
Maaf, saya masih keliru dengan penjelasan mengenai perbezaan antara Institusi dengan Agensi. Sebagai contoh, pertubuhan A adalah NGO yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Pertubuhan. A mempunyai jawatankuasa M yang menguruskan hal ehwal remaja, dan P yang menguruskan bantuan kepada rakyat di negara-negara susah. M tidak berdaftar tetapi P berdaftar di bawah Suruhanjaya Pertubuhan. Adakah kedua-dua M dan P agensi atau institusi atau bagaimana? Terima kasih. | Dari aspek bahasa kami telah memberikan maklumat tentang maksud institusi dan agensi. Permasalahan tuan lebih menjurus kepada hal teknikal, maka lebih baik tuan kemukakan hal ini kepada pihak pendaftar, iaitu pihak yang berwenang dalam hal pendaftaran. | Tatabahasa | 13.10.2014 |
Apakah maksud perkataan SERAHAK? Contoh ayat yang digunakan, 1. Urusan Menandatangani Surat Persetujuan Kerajaan Kepada Surat Ikatan Serahak dengan Pihak NGO. 2. Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan Serahak | Perkataan serahak masih belum wujud dalam data kami, hasil carian kami, perkataan yang yang dimaksudkan dalam bahasa Inggeris ialah "Deed of Assignment (DOA)" iaitu bermaksud surat ikatan penyerahhakan daripada bidang undang-undang. | Istilah | 14.10.2020 |
Sharifah Sharina Syed Aswad Assalammualaikum, Bagaimana cara untuk mendapatkan majalah dewan pelajar keluaran lama untuk dimasukkan dalam kotak buku projek Perpustakaan Mini yang dijalankan oleh NGO Projek Iqra'? Projek ini ialah melawat rumah2 anak yatim dan menambah buku-buku atau bahan bacaan baru ke perpustakaan mereka. Rumah yang tiada perpustakaan, kita akan wujudkan perpustakaan mini mereka. Boleh rujuk link ini untuk informasi lanjut: http://www.projekiqra.com/cs_cause/perpustakaan-mini-2-0 Yang benar, Sharifah Sharina Syed Aswad Naib Pengerusi Projek Iqra' | Berkaitan dengan perkara ini, dengan hormatnya puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, tuan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 05.05.2014 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Kesimpulannya,terdapat banyak faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli.Faktor-faktor ini mudah mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara negatif ini.Oleh itu,ibu bapa perlu sentiasa mengawasi gerak-beri anak mereka supaya mereka tidak terlibat dalam kes buli.Selain ibu bapa,pihak lain seperti kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) juga perlu melibatkan diri dalam usaha membanteras kes buli. | Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli. Faktor-faktor ini mudah mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara negatif ini. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa mengawasi gerak-geri anak mereka supaya mereka tidak terlibat dalam kes buli. Selain ibu bapa, pihak lain seperti kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu melibatkan diri dalam usaha membanteras kes buli. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
| Tatabahasa | 28.09.2015 |