saya masih tidak berpuas hati mengenai jawapan yang di berikan berkaitan soalan saya yang bertarikh 1/04/2010. Adakah pihak dbp membuat perubahan terhadap penggunaan tanda baca koma dalam menghuraikan sesuatu perkara?. contohnya:warna na kegemaran saya ialah biru, merah, kuning dan hitam. saya mendapat jawapan seperti berikut: di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari. Jawapan tersebut ternyata jauh berbeza dari yang saya pelajari di sekolah. sila jelaskan. | Saudara Shahfizan, Bagi penyenaraian yang setara atau sama tanda koma tidak digunakan sebelum kata sendi nama dan. Contoh: Warna biru, merah, kuning dan hitam. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
Terima kasih untuk jawapan yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan perkataan berikut (dipenggalkan mengikut suku kata)? fisiologi, nasional, Tae kwan do, skuasy, akuarium, raspberi, paus, arkeologi, sfera, (Pokok) jemerelang: je me re lang atau je mer e lang? | Penggalan suku kata adalah seperti yang berikut: (fi-si-o-lo-gi), (na-si-o-nal), (Tae-kwan-do), (skua-sy), (a-ku-a-ri-um), (rasp-be-ri), (pa-us), (ar-ke-o-lo-gi), (sfe-ra), (Po-kok) (je-me-re-lang). | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
bagaimana binaan format surat rasmi terbaharu? | Sdr. Awan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacaPenulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam.na), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Penulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 06.04.2009 |
Saya ingin mengetahui & mendapatkan format terbaru berkenaan dengan Surat Rasmi sebab kebelakangan ini kerap menerima pelbagai format yang berbeza. | Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacaPenulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam.na), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Penulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 30.10.2011 |
saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. INGIN. Adakah i/ngin ATAU in/gin? 2. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/din/gan ATAU per/tan/ding/an? 4. PERANGAI. pe/ran/gai ATAU pe/ra/ngai? 5. SANGAT. san/gat ATAU sa/ngat? 6. TERINGAT. ter/in/gat ATAU ter/i/ngat? 7. MENGIRA. men/gi/ra ATAU me/ngi/ra? 8. SUATU. su/a/tu ATAU sua/tu? 9. SEMUA. se/mua ATAU se/mu/a? 10. MENAIKI. me/na/ik/i ATAU me/naik/i ATAU me/nai/ki? 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi ATAU pak cik/gobi? | Pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan. 1. INGIN. i/ngin 2. DENGAN. de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/di/ngan 4. PERANGAI. pe/ra/ngai 5. SANGAT. sa/ngat? 6. TERINGAT. te/ri/ngat, ter/i/ngat 7. MENGIRA. me/ngi/ra 8. SUATU. sua/tu? 9. SEMUA. se/mua 10. MENAIKI. me/nai/ki, me/nai?/ki 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua boleh dijadikan sumber rujukan. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah Tuan menjelaskan perbezaan antara membatang suku kata dengan sebutan sesuatu perkataan? Guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah sering menimbulkan kekeliruan antar dua perkara ini? Perkataan contoh: 1. cuit 2. piano 3. berada 4. mengandungi 5. memasuki 6. pengunjung 7. berkenalan 8. berasaskan Harap Tuan menjelaskan perkara di atas dengan sepuhnya di samping memberikan petua atau teknik untuk membatang suku kata dan menyebut perkataan. Sekian terima. | Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004. 1. cuit (cuit) 2. piano (pia.no) 3. berada (be.ra.da) 4. mengandungi (men.ngan.du.ngi) 5. memasuki (me.ma.su.ki) 6. pengunjung (pe.ngun.jung) 7. berkenalan (ber.ke.na.lan) 8. berasaskan (ber.a.sas.kan)/(be.ra.sas.kan) | Tatabahasa | 27.03.2013 |
bincangkan slah satu adat resam dan tabu masyarakat melayu dahulu dan kini | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut: | Lain-lain | 03.05.2008 |