Selamat sejahtera, Saya ingin tahu antara perkataan 'Krismas' dan 'Natal', 'Jesus' dan 'Yesus', perkataan yang manakah lebih sesuai digunakan untuk bahasa Melayu? Sebagai contohnya, bagi saya perkataan 'Krismas' dan 'Jesus' lebih membawa makna. Terima kasih. Selamat Tahun Baharu 2020! | Untuk makluman, perkataan Krismas dan Natal boleh digunakan bersilih ganti kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu hari yang dirayakan oleh orang yang beragama Kristian pada 25 Disember. Manakala, perkataan Yesus tidak terakam dalam Kamus Dewan. Sehubungan dengan itu, penggunaan perkataan yang betul ialah Jesus. | Makna | 29.12.2019 |
Salam sejahtera. Bagaimanakah untuk menterjemahkan "Santa Claus" dalam bahasa Melayu? Bolehkah frasa "caroling" dapat diterjemahkan sebagai "mendendangkan lagu natal"? Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "carol" bermaksud menyanyikan, mendendangkan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, karol bermaksud nyanyian gembira atau puji-pujian, terutamanya semasa perayaan hari Krismas, lagu hari Natal. | Makna | 04.01.2019 |
Salam Sejahtera. Mohon bantuan tuan untuk perkara berikut; | 1. Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. 2. Ejaan yang betul ialah hari sukan. 3. Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan baju kurung. | Ejaan | 23.07.2012 |
Salam sejahtera tuan ! Dalam koleksi soal jawab tuan ada menyatakan perkara berikut: 1. Hari Deepavali = "H" & "D" huruf besar bagi tujuan penyeragaman. 2. hari Deepavali = "D" sahaja huruf besar dengan berpandukan contoh "hari Isnin", Isnin sahaja huruf besar. Mohon keputusan muktamad yang mana betul dan tepat ! | Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. | Lain-lain | 16.10.2016 |