Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di barat daya Seme­nanjung, keluasan 6643 km2, Seremban sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Sembilan belas kereta pedati,
     Hendak pergi negeri China;
Kalau abang rasa nak mati,
     Adik hendak mati bersama.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang ayat ini 'saya berasal dari NEGERI SEMBILAN' ataupun 'saya berasal dari negeri NEGERI SEMBILAN' saya musykil kerana kebanyakan orang akan menjawab saya berasal dari negeri sembilan sahaja tidak jawab dalam saya berasal dari negeri negeri sembilan sila berikan sebab sekali atas jawapan yang diberi terima kasih .

Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Saya berasal dari Negeri Sembilan"
Lain-lain01.10.2016
sejarah dialek negeri sembilan, perbezaan dialek negeri sembilan dengan bahasa baku?Sejarah dialek Negeri Sembilan (NS) semestinya sama dengan sejarah NS. Sila rujuk buku Sejarah Negeri Sembilan. Perbezaan dialek NS dengan bahasa baku ialah, dialek NS dituturkan oleh orang Negeri Sembilan dan dialek ini tidak digunakan dalam situasi rasmi. Bahasa baku ialah bahasa standard yang dituturkan dalam situasi rasmi, di seluruh negara. Bahasa Melayu baku juga ialah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi.Lain-lain24.01.2007
yang mana satu betul, perkataan 'Yang-dipertua Negeri, Sembilan' atau 'Yang-dipertuan Negeri, Negeri Sembilan'? dan 'Ramadan' atau 'Ramadhan'?Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan RamadanEjaan01.12.2006
Kelab Teater Negeri Sembilan MEMOHON PENAJAAN/SUMBANGAN UNTUK FESTIVAL TEATER PENDEK NEGERI SEMBILAN 2016 Assalammualaikum Tuan/Puan, Maaf mengganggu, Saya MohdFazreen Bin Mohd, Setiausaha bagi Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan ingin bertanya bagaimana caranya untuk pihak kelab kami memohon penajaan/sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk menjayakan Festival Teater Pendek Negeri Sembilan 2016 pada 9 Januari 2016. Untuk makluman ringkas Tuan/Puan, Kelab kami yang akan mengendalikan Festival tersebut dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Segala perhatian Tuan/Puan terhadap perkara ini amat kami hargai. Yang Menjalankan Tugas, MOHD FAZREEN BIN MOHD SETIAUSAHA KELAB PENGGIAT SENI TEATER NEGERI SEMBILAN. Email : kelabteater_n9@yahoo.com.my 011-23134619Untuk pertimbangan selanjutnya, kemukakan permohonan secara rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala LumpurLain-lain10.12.2015
Apakah bentuk kata bagi perkataan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan?Pulau Pinang dan Negeri Sembilan merupakan Kata Nama Khas.Lain-lain15.07.2018
saya ingin bertanya adakah betul struktur/pengunaan bahasa bg ayat ini Pasukan negeri Sembilan menjulang kejayaan piala Malaysia tahun 2011.Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia tahun 2011.Tatabahasa06.06.2013
Akhbar The Star sering menggunakan Negri berbanding Negeri untuk kata nama khas Negeri Sembilan. Mereka juga sering menggunanaka perkataan Mentri bagi merujuk kepada Menteri. Adakah ini boleh diterima?Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Negeri Sembilan dan menteri. Berdasarkan rujukan kami banyak teks bahasa Inggeris menggunakan ejaan Negeri Sembilan (di samping Negri Sembilan), manakala ejaan menteri diterjemahkan kepada minister.Ejaan15.11.2011
Mohon bertanya, apakah bentuk kata bagi sesetengah perkataan dalam kata nama khas seperti 'Pulau Pinang' dan 'Negeri Sembilan'? Adakah ianya tergolong dalam kata majmuk atau tidak? Terima kasihUntuk makluman, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan merupakan kata nama khas yang tidak boleh digolongkan dalam kata majmuk.Tatabahasa16.07.2018
JOBO. Perkataan yang selalu diguna-pakai oleh kebanyakan penduduk di Negeri Sembilan. Apakah maksud yang sebenar perkataan tersebut?Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan perkataan "jobo" dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah jodo dan jopo tetapi tidak ada kaitan dengan dialek Negeri sembilan.Makna27.12.2012
Terima kasih atas penerangan yang diberi untuk soalan saya bertarikh 24/03/2011. Satu lagi soalan berkenaan tanda baca. Soalan: Letakkan tanda bacaan dan huruf besar pada tempat yang sesuai. syabas atas kejayaan anda menjadi johan pertandingan berpidato peringkat negeri sembilan Jawapan anak saya: Syabas, atas kejayaan anda menjadi johan Pertandingan Berpidato Peringkat Negeri Sembilan! Soalan saya: Adakah jawapan yang diberi oleh anak saya betul? Terima kasih.Syabas, atas kejayaan anda menjadi johan Pertandingan Berpidato Peringkat Negeri Sembilan! - penggunaan tanda baca dalam ayat ini adalah betulTatabahasa29.03.2011
12345

Kembali ke atas